Takut nak basuh baju kerana khuatir warnanya luntur? Jangan risau. Jika anda menambah sedikit garam semasa mencuci pakaian, ia dapat membuat warna pada baju tahan lebih lama terutama yang berwarna cerah.
Portal Washing Machine Wizard menyarankan untuk menambah sekitar dua sudu besar garam ke dalam cucian anda. Bukan hanya dapat mengelak kain dari luntur dan pudar, malah garam itu juga mampu menghilangkan kotoran degil pada baju. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah merendam pakaian ke dalam air sejuk yang sudah bercampur garam untuk beberapa ketika sebelum dicuci seperti biasa. Bagi mengelak pakain denim cepat pudar, Reader's Digest mengesyorkan untuk merendam pakaian anda ke dalam larutan garam dengan kadar 50:50 cuka dan garam. Tapi jangan pula anda lupa untuk menterbalikkan pakaian terlebih dahulu, ya. Begitu juga ketika mahu menjemurnya, pastikan ia dijemur dengan bahagian dalam menghadap ke luar. Sudah waktunya mencuci pakaian berwarna cerah atau seluar jeans kesayangan anda? Cubalah cara di atas! - CARI
|
1
Bagus |
11
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kelip2_07 replied at 17-1-2017 09:19 AM
aku nk tau tips cmne nk cuci baju yg dh terkena kaler baju lain..
Suchi replied at 17-1-2017 11:39 AM
Samala baru nk tnya gak ni, kalo tak silap ade sabun kat tesco jual blh hilangkn tapi tak igt apa ...
ADVERTISEMENT