Takut nak basuh baju kerana khuatir warnanya luntur? Jangan risau. Jika anda menambah sedikit garam semasa mencuci pakaian, ia dapat membuat warna pada baju tahan lebih lama terutama yang berwarna cerah.
Sumber foto: http://heeyfashion.com
Portal Washing Machine Wizard menyarankan untuk menambah sekitar dua sudu besar garam ke dalam cucian anda. Bukan hanya dapat mengelak kain dari luntur dan pudar, malah garam itu juga mampu menghilangkan kotoran degil pada baju.
Sumber foto: http://www.diyhomelife.com
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah merendam pakaian ke dalam air sejuk yang sudah bercampur garam untuk beberapa ketika sebelum dicuci seperti biasa.
Bagi mengelak pakain denim cepat pudar, Reader's Digest mengesyorkan untuk merendam pakaian anda ke dalam larutan garam dengan kadar 50:50 cuka dan garam.
Sumber foto: https://www.persil.co.uk
Tapi jangan pula anda lupa untuk menterbalikkan pakaian terlebih dahulu, ya. Begitu juga ketika mahu menjemurnya, pastikan ia dijemur dengan bahagian dalam menghadap ke luar.
Sudah waktunya mencuci pakaian berwarna cerah atau seluar jeans kesayangan anda? Cubalah cara di atas! - CARI |