Dipercayai hasil serangan sekumpulan lelaki bersenjata, empat lelaki warga Myanmar mati di tempat kejadian di Sri Serdang, Seri Kembangan malam tadi.
Memetik laporan BH Online, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 10.10 malam, difahamkan kesemua mangsa yang juga pekerja sebuah kilang bersama 11 rakan lain dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka selepas tamat waktu bekerja. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat, kumpulan pekerja kilang terbabit didatangi dua kereta dinaiki suspek semasa melalui kawasan kilang yang sunyi. "Berdasarkan maklumat saksi, suspek terbabit keluar dari kereta dinaiki mereka dan terus menyerang mangsa sebelum empat daripada mereka disahkan mati di tempat kejadian." "Tiga lagi mangsa lain cedera parah dan kini sedang mendapatkan rawatan."
Dilaporkan setakat ini polis sudah menahan lima individu bagi membantu siasatan selain mengenal pasti motif sebenar kejadian serangan berkenaan. Kini pihak polis sedang berusaha mengenal pasti punca utama sama ada mempunyai kaitan dengan masalah di tempat kerja, dendam atau masalah lain. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- CARI |
13
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
12
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT