Sesi persekolahan 2017 baru sahaja membuka tirai pada 3 Januari lalu. Kebanyakkannya diawal persekolahan anak-anak akan lebih bersemangat ke sekolah kerana mendapat peralatan persekolahan yang baru.
Namun bukan semua orang mampu untuk menggantikan peralatan persekolahan yang baru untuk anak-anak. Atas faktor kemiskinan, kesudahanya pakaian sekolah pada tahun lepas akan dipakai semula pada tahun ini walaupun sudah lusuh dan koyak. Bercerita tentang kepayahan dan kesusahan hidup, kisah mengenai seorang pelajar Iban yang bernama Peter telah membuatkan gurunya menitiskan air mata. Mari baca perkongsian guru Peter, Cikgu Emmet mengenai kecekalan pelajar ini walaupun hidup dalam keluarga miskin.
Menurut Cikgu Emmet, dia sangat kagum dengan sikap Peter kerana pelajar ini langsung tidak merasa malu memakai pakaian koyak dan lusuh ke sekolah. Bagi Peter, menuntut ilmu adalah perkara utama dan dia hanya akan merasa malu jika tidak pandai membaca. Lebih menyentuh hati, Peter sanggup berkorban apa sahaja demi keselesaan adiknya, Petrus. Bayangkan bertapa hebatnya kanak-kanak diusia ini sudah mengerti erti pengorbanan dan langsung tidak merugut dengan kesusahan hidup yang dihadapi keluarganya. Atas dasar "kemanusian", Cikgu Emmet dan beberapa rakan lain telah menyumbangkan pakaian sekolah baru untuk Peter dan adiknya. Semoga Peter dan adiknya terus cekal dan berjaya mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti. - CARI *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
![]() Bagus |
1
![]() Marah |
6
![]() Terkejut |
5
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
3
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
red_cattleya replied at 6-1-2017 03:55 AM
yg cite si ijat dgn kakak dia tu laju je air mata aku keluar. sbb teringat aku dgn adik aku, kos mas ...
jerukkedondong replied at 7-1-2017 08:49 PM
red...iols tetinggal train...kat mn nk baca kisah ijat tu....
ADVERTISEMENT