Baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan meminta Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk memberi kerjasama kepada pihak polis dalam menangani jenayah dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi meraih populariti dirinya.
Jamal bagaimanapun menafikan apa yang dilakukannya selama ini adalah demi meraih populariti, sebaliknya dia melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai ahli Umno dan rakan NGO. “Bagi saya, mereka boleh katakan apa sahaja. Tapi tidak pernah dalam jiwa dan hati nurani saya untuk popularkan diri sendiri. “Apa yang saya lakukan mungkin berbeza dengan rakan lain kerana saya fikir apa yang kita lakukan itu perlulah sampai sasarannya,” katanya kepada Sinar Online.
Jamal menegaskan dia tidak kisah menjadi bahan kecaman netizen, sebaliknya menjadikan segala tohmahan yang dilempar kepadanya sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik. Sementara itu, dia turut melahirkan rasa bimbangnya berhubung tindakan pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort yang 'menyerbu' pusat judi haram baru-baru ini dikhuatiri menjadi ikutan masyarakat sehingga boleh menimbulkan kekacauan di luar kawalan. - CARI |
17
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
8
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT