Susulan kes mercu tanda Ipoh, pihak polis minta semua individu yang terbabi untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengenai tindakan berbahaya itu. "Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya," katanya kepada Harian Metro. Polis kini sedang mengenal pasti dan mengesan kesemua individu yang terbabit memanjat struktur binaan berkenaan. Pihaknya yakin dapat mengesan seorang daripada individu itu yang memuat naik gambar serta video perbuatan mereka itu di laman sosial hingga menjadi viral. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit diharap dapat menghubungi pihak polis. -CARI
|
17
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
24
Sedih |
43
Lawak |
50
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 1-1-2017 12:32 AM
Saya bangga dengan keberanian mereka. Kalau saya mengigil dah.
Wal..Hal replied at 1-1-2017 12:35 AM
Knp sape2 yg pakai tudung agak bodoh lately, drpd ko bgayut mcm monyet atas tu ape kate ko pi masjid ...
deezeck replied at 31-12-2016 04:36 PM
Keberanian lu tertotop
Minda lu pun sama tertotop
ADVERTISEMENT