CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Isteri Terkesima Duit RM900 Lesap Lepas Guna Kad Debit

2-1-2017 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11091| Komen: 41|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Siapa yang tidak marah, terkejut bahkan boleh mengamuk bila duit bernilai RM900 boleh 'hilang' begitu sahaja disebabkan masalah teknikal pada mesin leret (swipe).

Siapa yang tidak marah, terkejut bahkan boleh mengamuk bila duit bernilai RM900 boleh 'hilang' begitu sahaja disebabkan masalah teknikal pada mesin leret (swipe).


Itu yang diceritakan menerusi laman Facebook Persatuan Makcik Puaka, bagaimana pasangan suami isteri mengalami masalah ketika menggunakan kad debit ketika membeli barang di sebuah farmasi.

Transaksi yang bertulis 'Error' telah menyebabkan juruwang melakukan beberapa kali cubaan sehingga lima kali. Namun, masih juga gagal juruwang tersebut enggan untuk melakukan cubaan yang sama.



Yang mengejutkan bila pelanggan yang merupakan pasangan suami isteri itu menyemak akaun bank mereka, terdapat sejumlah lebih RM900 telah ditolak dari akaun mereka. Lesap, tak tahu ke mana!

"Maka, customer meminta supaya staff kami memulangkan semula duit beliau. Staff mengambil langkah bijak untuk bertanya kepada boss dulu.

"Bila buat settlement pada terminal, tiada rekod untuk transaksi tadi. Maka mengamuklah customer tersebut suami isteri. Bertegas agar kami memulangkan semula duit mereka," menurut perkongsian tersebut.

Memang agak membingungkan, namun selepas semakan dibuat pada pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya terungkai juga jawapan. Tiada penipuan atau apa-apa jenayah.

"Cut story short, lepas panggilan dibuat ke pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya customer akur. 

"Duit tersebut memang telah keluar dari akaun beliau, tapi tidak masuk ke akaun kami. Duit tersebut terapung/float. Pihak bank kata akan refund semula dalam masa 15 hari." 


Menerusi komen yang diberikan daripada kalangan netizen, mereka mengakui pernah mengalami masalah yang sama ketika menggunakan kad debit.

Malah ramai yang menyarankan mereka di luar sana agar menggunakan wang tunai ketika melakukan apa-apa pembayaran. Apa pula pendapat anda? - CARI
12

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 2-1-2017 10:10 AM
Sistem bank yg shit. Bank mmg x blh pki. Kejenya pow duit penguna.
Quote SalenaGomez 2-1-2017 10:11 AM
Me prefer dr dulu je pakai credit card sbb x mo bawak cash n nak collect point n to control expenses...sbb credit card kita tahu kita hutang n avoid to hutang byk2..so me x lah beli brg sesuka hati...lagi 1, pakai kredit card bkn sbb byk berhutang tau..me akan pastikan end of month all amount paid...kena displin...
Back to topic...x prefer pakaidebit card sebab ni lah...my debit card lebih to keluarkan duit je
Quote miznora 2-1-2017 10:13 AM
kalau xde duit camne. jd -ve ke baki akaun kita
Quote mommymonster82 2-1-2017 10:29 AM
Me walau ada 2 2 mmg per2 akan swipe credit card je... seriau owh debit ni... so pastu terus bayar je...
Quote mommymonster82 2-1-2017 10:30 AM
miznora replied at 2-1-2017 10:13 AM
kalau xde duit camne. jd -ve ke baki akaun kita

Kalu xde duit dia akan error je.. memang takkan -ve...
Quote Nenasketum 2-1-2017 10:38 AM
Sorang di'float'nya RM900 kalau ramai ko rasa. Selalu ingat, kalau pakai kad atm baru, insist untuk guna pin. Depan mata aku dekat petronas Ampang, Bangla dok kata line off tapi dia dah wave. Customer akur bayar cash. Customer blah dia amik duit dari cash register masuk poket. : skali cashier wave, cepat2 pegi tukar balik dari wave ke input pin no. :
Quote fynnkakiblock 2-1-2017 10:48 AM
miznora replied at 2-1-2017 10:13 AM
kalau xde duit camne. jd -ve ke baki akaun kita

ikut bank jgk sis.. kalau bank allowed. cth bank allowed credit spending up to more 200, so akan jadik -200 and akan dicharge..  
Quote awaynepian 2-1-2017 12:13 PM
Nenasketum replied at 2-1-2017 10:38 AM
Sorang di'float'nya RM900 kalau ramai ko rasa. Selalu ingat, kalau pakai kad atm baru, insist untuk  ...

Xfaham nenas..maksudnya bangla tu xbagi guna debit card n suh customer bayar cash ?? Supaya senang dia cilok duit???
Quote SalenaGomez 2-1-2017 12:38 PM
awaynepian replied at 2-1-2017 12:13 PM
Xfaham nenas..maksudnya bangla tu xbagi guna debit card n suh customer bayar cash ?? Supaya senang ...

Means...dia dah swipe kad ko..pastu blakon kate offline...padahal duit dah deduct dlm bank..pastu insist soh ko bayar cash..so ko actually bayar 2 times..duit cash tu bangla tu amik la :
Quote SalenaGomez 2-1-2017 12:40 PM
SalenaGomez replied at 2-1-2017 12:38 PM
Means...dia dah swipe kad ko..pastu blakon kate offline...padahal duit dah deduct dlm bank..pastu  ...

Kuang ajar bangla2/pati ni...databg sini nk bawak budaya menipu
Quote SalenaGomez 2-1-2017 12:43 PM
Nenasketum replied at 2-1-2017 10:38 AM
Sorang di'float'nya RM900 kalau ramai ko rasa. Selalu ingat, kalau pakai kad atm baru, insist untuk  ...

Nenas..aku jumpa byk org yg jenis main bayar je tanpa chek or tahu harga barang yg dia bayar...sebab tu senang kena tipu....kalau me, me akan calculate lebih kurang dlm kepala bape range nk kena bayar...sbb proven penah jd..diorg scan brg 2 kali, padahal kita amik 1 je brg tu esp bila ko amik barang byk2..ni happen kat stesen minyak gak
Quote SalenaGomez 2-1-2017 12:46 PM
SalenaGomez replied at 2-1-2017 12:43 PM
Nenas..aku jumpa byk org yg jenis main bayar je tanpa chek or tahu harga barang yg dia bayar...seb ...

I ape lagi..patah balik n minta balik duit la...my hard earn money k...org lain i x tau..tp i mmg pantang la...lepas bayar i mmg chek resit compare ngn brg u bayar...
Macam kes ni...u mmg kena standby online banking dlm fon..utk buat checking
Quote jazaa100 2-1-2017 12:59 PM
Aku prefer guna cash mcm zaman mahadir dulu.....
Quote idakamaruddin 2-1-2017 03:14 PM
risau plak kalau jd mcmni..dh la iols jenis paling malas nk cucuk duit...
Quote Andyscenes 2-1-2017 03:17 PM
aku penah kene skali, haha. tapi buat bodo dulu. tggu 3hari. xde refund balik br g tnya org kedai. tapi syukur xde kena pape
Quote ronapink 2-1-2017 03:19 PM
bahana guna kad debit..
Quote missinpiece 2-1-2017 04:28 PM
Bkn kad debit je. Kad kedit, pengeluaran atm kadang2 terkena. Kalau atm meps lagi la sakit. Duit da deduct dari akaun, penerima x terima. Refund duit mmg sekejap je. Yg lama tu nak menyiasat kronologi. Error mesin bank A ke, akaun B dah tolak ke. Pastu nk cnfirmkan pihak bank A ke, bank B(customer) ke yg kena refund. Seingat I rekod transaksi atm/cc mmg berjela2.
Mmg kesian kalo terkena. Bergantung pada bank la nk refund cpt or lambat. Yg penting simpan segala rekod, dan segera buat laporan.
Quote drivethru 2-1-2017 04:45 PM
Wooiiii.....RAYANI AIR...

Refund balik duit aku. Haramjadah betul.

Aku dah hantar dispute form ke bank. Tak dapat pun duit lagi. Public bank yg senang bgi kerjasama.
Quote net_level 2-1-2017 05:46 PM
kena set max limit berapa withdraw per day..
aku lagi prefer pakai debit kad sebab selamat and convenience..
even terlebih deduct pun boleh mintak refund... kalau bawak cash hilang ke kena rompak ke lagi tak bermakna

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.152368 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top