Siapa yang pernah makan karipap Ikea? Kalau belum, anda harus cuba rasa karipap Ikea kerana saiznya yang lebih besar dan intinya yang sedap selain dicampur dengan telur rebus. Memang enak!
Bagi anda yang gemarkan karipap Ikea, pasti teringin makan selalu, bukan? Tapi tak kan nak beli selalu kerana harganya yang agak mahal berbanding karipap biasa. Jadi, apa kata anda buat sendiri karipap ala Ikea ini? Bukan sahaja puas dengan kerangupan serta keenakannya, malah anda dapat berjimat dengan membuatnya sendiri. Jangan lupa simpan dalam buku resipi anda, ya! Bahan untuk inti: - 3 biji telur rebus, (belah 4) - 2 biji kentang besar (potong dadu) - 1/2 cawan daging ayam (potong dadu) - 1 biji bawang besar (kisar) - 3 biji bawang putih (kisar) - sedikit halia (kisar) - 4 sudu besar rempah kari - separuh kiub ayam / sedikit serbuk perasa Caranya: 1. Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga sedikit garing dan naik bau. 2. Masukkan rempah kari dan sedikit air, masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan ayam dan kentang, masak sehingga kering air, tetapi jangan terlalu lembik. 4. Masukkan garam, sedikit gula dan perasa. Biarkan sejuk. Bahan untuk kulit karipap: - 4 cawan tepung - 1 cawan air sejuk - 2 sudu besar marjerin - 1/2 cawan minyak masak - 1/2 sudu kecil garam Caranya: 1. Satukan tepung dan garam, sebatikan. 2. Cairkan marjerin bersama minyak, kemudian gaulkan kedalam tepung dan gaul dengan senduk kayu hingga sebati dan suam. 2. Perlahan-lahan masukkan air sejuk dan uli sehingga membentuk doh yang tak melekat pada tangan. 3. Rehatkan dalam 5-10 minit, kemudian bulatkan kecil-kecil, canaikan dan terapkan dengan garpu atau letak dalam acuan karipap. 4. Masukkan inti, tekap, dan siap! Nota: Kalau rajin dan mahukan rupa yang lebih cantik, anda boleh kelim tepi karipap secara tradisisonal. Jangan tunggu lama-lama? Cubalah segera! - CARI Kredit sumber: Blog Ummu Aidan-Arissa |
5
Bagus |
6
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
14
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 29-12-2016 11:53 AM
Arghh...
Iols klu kepit pakai acuan mesti berbuka balik..
Kena buat gam ye?
CiliPadiSedap replied at 29-12-2016 12:43 PM
guna mentega je, akak tak pandai buat epok2
kalau karipap sederhana je rasa
pearl.silver replied at 29-12-2016 12:51 PM
Apa beza epok ngn karipap tu kak..hehe..
Klu family abg ipar selalu bagi epok2 tu kuihnya tepung ...
pearl.silver replied at 29-12-2016 11:53 AM
Arghh...
Iols klu kepit pakai acuan mesti berbuka balik..
Kena buat gam ye?
jazaa100 replied at 31-12-2016 10:22 AM
Ada kakak yg buat karipap tu bgtau akk...dia buat karipap guna acuan tapi kena klem guna tgn....kl ...
ADVERTISEMENT