Nasi Keluban atau Sego Keluban mungkin kedengaran janggal bagi sesetengah orang tetapi menu makanan ini sangat popular di kalangan masyarakat Jawa.
Makanan istimewa ini selalunya disediakan jika ada majlis among-among yang bermaksud kenduri kecil yang diadakan sebagai tanda kesyukuran. Memang sedap dengan sayur-sayuran dan ulam-ulaman segar, dan bagi anda yang mahu mencubanya sendiri di rumah nah kami kongsikan resipinya. Bahan-bahan: 1/2 biji kelapa parut – putih sahaja 1 cekak pucuk ubi 200gm taugeh
200gm kacang panjang 2 inci belacan 5 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 2 sudu udang kering 10 biji cili api 1 sudu asam jawa 10 biji isi kencur @ cekur 5 helai daun kencur @ cekur 4 biji telur ayam – direbus 4 ekor ikan kembung – digoreng 200gm ikan bilis 2 sudu tepung gandum 1 cawan minyak masak. 200gm ikan masin bulu ayam Garam dan gula Cara-caranya: 1. Semua sayur-sayuran dicelur dan dipotong 2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, belacan cili dan udang kering. 3. Isi kencur ditumbuk berasingan, daun kencur dimayang halus. 4. Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan kelapa parut, tambahkan gula, garam, kencur, dan sedikit air asam jawa. 5. Gaulkan pula dengan bahan-bahan yang telah dicelur tadi. 6. Ikan masin bulu ayam dibasuh dan digaul dengan sedikit tepung dan digoreng.Ikan bilis digaul dengan tepung dan dikepal-kepalkan, juga digoreng. Telur dikupas dan dibelah empat. Cara hidang: Lapikkan talam dengan daun pisang dan letakkan nasi dengan anggaran 5 orang makan. Letakkan keluban di atas nasi. Telur, ikan kembung, ikan masin dan ikan bilis pula diletakkan selang seli di atas nasi tadi. Fuh, sangat menyelerakan. Selamat mencuba! -CARI
|
11
Bagus |
10
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
9
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 29-12-2016 07:46 PM
Iols org joho.. Dulu kecik2 mmg selalu mkn kt kenduri kendara.. Tp skrg dh payah nk jumpa..
cik-jaja replied at 28-12-2016 06:23 PM
aku suka btol masakan jawa..nak2 pecal
Gadis_sarawak replied at 30-12-2016 03:49 PM
samala..aku pun suka masakkan jawa. Pak cik aku kahwin dengan jawa dari indonesia masakkan aunty a ...
Gadis_sarawak replied at 30-12-2016 03:49 PM
samala..aku pun suka masakkan jawa. Pak cik aku kahwin dengan jawa dari indonesia masakkan aunty a ...
ctsueraya replied at 10-1-2017 10:09 AM
gediklah ko ni, tak suka pedas tapi makan plak masakan jawa..haha SENGALISME
sekali tengok ...
ADVERTISEMENT