Pelakon cantik, Juliana Evans dikatakan sedang sibuk membuat persiapan kahwin dengan seorang kerabat diraja Selangor. Namun, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans, 27 sendiri terkejut dengan gosip tersebut dan menegaskan tidak akan berselindung jika mahu menamatkan zaman bujang. “Saya terkejut apabila cerita ini keluar. Sejujurnya, saya tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan bahkan tentang kain pasang itu juga adalah tidak benar sebab saya tidak memilih apa-apa kain untuk majlis perkahwinan," katanya kepada Kosmo!.
Sebelum ini dia dikatakan bercinta dengan 'Tengku A' dan bakal mengahwini kekasihnya itu tahun depan tanpa majlis pertunangan. Graduan Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat itu juga dikatakan telah mengedar kain pasang untuk kedua-dua keluarga lelaki dan perempuan bagi tujuan majlis perkahwinan. “Semua cerita tersebut tidak benar. Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita tersebut." Empunya badan sudah pun beri penjelasan. Apa-apa pun kita doakan sahaja yang baik-baik untuk Juliana ya? -CARI |
24
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
46
Sedih |
21
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
noor666666 replied at 24-12-2016 05:58 PM
Maaf ye tak faham maksud ayat di bawah
"Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di piha ...
msham replied at 24-12-2016 06:03 PM
nk baju boria sambut pengantin lahhhh
bambimo replied at 24-12-2016 06:25 PM
waaaa huntong...baru2 meols hadiri meeting penganguran d kalangan wanita.dlm meeting tu meols ckp it ...
ADVERTISEMENT