Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) di Singapura mendedahkan setiap bulan secara purata lima ekor kucing dijumpai mati di pulau tersebut akibat terjatuh dari kediaman tinggi.
Tegas persatuan tersebut, berikutan kebanyakannya merupakan haiwan peliharaan jinak dan demi mencegah kematian tragik seumpama itu, maka para pemilik rumah pangsa wajar memasang jaring pada tingkap flat mereka. Memetik laporan agensi berita tempatan Mediacorp, pengurus kanan CWS yang bertanggungjawab dalam usaha mendampingi masyarakat awam, Laura Ann Meranda berkata lazimnya apabila seekor kucing terjatuh dari tempat yang agak tinggi, ia akan terdapat kesan darah. Tompokan cecair yang berwarna merah itu dapat dilihat dengan jelas pada bahagian mulut, selain luka di bahagian belakang dan kawasan dada pada haiwan mamalia comel tersebut akan menjadi cukup padat, tambah beliau lagi. Difahamkan Sekitar 95 peratus daripada kucing yang mati secara demikian adalah peliharaan berbanding kucing jalanan yang dijaga oleh orang yang tertentu dan selesa berlegar bebas sekitar kawasan estet perumahan di republik tersebut.
Dalam pada itu, usaha meningkatkan kesedaran kepada pemilik kucing supaya menjaga haiwan peliharaan mereka di dalam rumah serta memasang jaring pada tingkap dan pintu rumah akan dipergiatkan lagi.- CARI |
37
Bagus |
20
Marah |
11
Terkejut |
21
Sedih |
52
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT