Lagi sindiket pemalsuan kad pengenalan berjaya ditumpas oleh pihak berkuasa. Malam kelmarin, dalam satu operasi khas di sekitar daerah Tawau yang dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kira-kira 10 individu termasuk dua lelaki ditahan kerana dipercayai dalang utama sindiket kad pengenalan (IC) palsu.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat JPN Mohamad Yusri Hashim berkata hasil maklumat risikan yang diperolehi, operasi kali ini dimulakan di sebuah hotel terkenal, kemudian dilanjutkan di kawasan rumah di Kampung Tanjung Batu kira-kira 6 jam bermula 9 malam. Operasi bertindak bersama Polis Diraja Malaysia dengan kekuatan kira-kira 30 anggota, enam pegawai Penguat Kuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, JPN Ibu Pejabat. "Ketika di hotel dua lelaki tempatan berusia 50-an dan 44 tahun yang juga dalang sindiket ditangkap bersama seorang wanita warganegara Filipina, 30, dipercayai menjadi pemain utama yang bertindak sebagai individu yang mengambil gambar dan cap jari pemohon bagi pengeluaran MyKad palsu."
"29 IC palsu turut dirampas daripada simpanan seorang dalang ketika ditahan dalam sebuah bilik hotel tersebut." Tambah Yusri operasi kedua di Kampung Tanjung Batu turut menahan tujuh sekeluarga termasuk dua kembar tidak seiras yang dipercayai ejen kepada sindiket IC palsu di kampung itu. Sementara itu, menurutnya operasi tersebut adalah rentetan daripada tangkapan dalam operasi sebelum ini dilakukan di Sandakan pada bulan lalu dengan tertangkapnya tujuh individu termasuk tiga ejen sindiket MyKad palsu. "Penjualan IC ini juga ada beberapa kategori dengan MyKad palsu paling murah bernilai RM1,500 dan paling mahal RM10,000 ke RM15,000." Kesemua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki atau menggunakan kad pengenalan palsu.- CARI |
14
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
15
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fishcracker replied at 22-12-2016 12:25 PM
ape beza ic 1500 dengan 10k tu..nombor ic vvip kah
ADVERTISEMENT