Yum! Sangat menggiurkan, sekali tengok pasti terliur dibuatnya. Namun, jangan tertipu ya ini bukannya ayam panggang!
Namun, sebaliknya makanan lazat ini merupakan sejenis pau yang sengaja dibuat menyerupai bentuk ayam panggang. Kreatif sungguh! Jika ingin menjadi viral pada masa ini, perlu hadirkan sesuatu yang berbeza dan juga unik. Nah, hasilnya wujudlah pau ayam panggang. Sebelum ini, pau berbentuk cendawan telah menarik perhatian ramai sehingga tak menang tangan dibuatnya. Bagaimana pula agaknya dengan pau ayam panggang? Ia didatangkan dengan isi ayam panggang, lada hitam dan juga bawang segar. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM10 dalam satu pek sejuk beku yang mengandungi 3 biji kesemuanya. Tak tahu nak beli di mana? Dapatkan daripada Pau Hassan di Putrajaya yang telah menjadi viral sebelum ini dengan pau cendawannya. Pasti tidak ragu-ragu lagi keenakannya, kan? - CARI
|
16
Bagus |
17
Marah |
2
Terkejut |
26
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 22-12-2016 01:39 PM
first time tengok aku terbayang katak kodok yang selalu nyorok dalam kasut sekolah kecik2 dulu
ma ...
idakamaruddin replied at 22-12-2016 01:44 PM
tp pau cendawan dulu pn dia pny gak x slp iols
ADVERTISEMENT