CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sensasi Sandwich Dan Snek Lazat, Tarikan Di Beat Eat Cafe Shah Alam

19-12-2016 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6819| Komen: 21|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Penggila sandwich di luar sana jangan berlengah lagi untuk berkunjung ke Beat Eat Cafe kerana konsep ala-ala restoran Subway ini pastinya menepati citarasa anda semua.
Penggila sandwich di luar sana jangan berlengah lagi untuk berkunjung ke Beat Eat Cafe kerana konsep ala-ala restoran Subway ini pastinya menepati citarasa anda semua.


Foto: FB Beat Eat Cafe
Pelbagai pilihan sandwich dan snek ditawarkan yang membolehkan anda pilih sendiri roti dan intinya.

Antara pilihan roti yang ditawarkan ialah 'panini', 'croissant', 'cheese baguette' dan 'wholemeal baguette'.

Isinya pula ada ayam, (hirisan ayam, ayam teriyaki, ayam 'tex-mex'), daging ayam belanda, daging lembu ('pepperoni', 'supa ballin', 'bulgogi beef', 'streaky beef', 'tex-mex beef', 'philly cheesesteak'), makanan laut  termasuk tuna Aisuka, Mak Tok's Sardine dan telur.


Foto: FB Beat Eat Cafe
Selepas itu pelanggan boleh pilih sayur dan sos untuk sandwich tersebut. Pendek kata ambil sahaja mana-mana yang berkenan untuk menghasilkan sandwich mengikut citarasa anda sendiri.

Foto: FB Beat Eat Cafe
Selain sandwich, kafe yang mempunyai hiasan dalaman yang cantik ini juga menawarkan pilihan pasta dan snek lain seperti kepak ayam, gegelang bawang dan kentang goreng.

Foto: FB Beat Eat Cafe
Pencuci mulut pula ada puding mentega, muffin pisang, blueberry dan coklat.

Foto: IG Beat Eat Cafe
Dengar pun sudah lazat, apatah lagi bila merasakan sendiri kenikmatannya kan? Ayuh, ramai-ramai serbu Beat Eat Cafe!

Alamat: 
AAG/30, Ground floor, Block E, Jalan Plumbum AA7/AA, Pusat Komersial Seksyan 7, 40000 Shah Alam, Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/beateatcafe

Waktu operasi: Setiap hari (11AM - 11PM)

Nombor telefon: 03-5524 3316

-CARI

Foto: Beat Eat Cafe
9

Bagus
24

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 19-12-2016 06:11 PM
Sedap gilaaa. dah dekat sgt dengan rumah ni...
Quote AlienGurlz 19-12-2016 06:40 PM
Sedapnyaaaaaaa.
Quote Mary_jane 19-12-2016 07:11 PM
Bleh lah berkuntum kat sini plak.
Quote Artemesiaa 19-12-2016 10:40 PM
Boleh le cuba kalau gi area sana
Quote munchkin 20-12-2016 01:32 AM
siskepoh replied at 19-12-2016 06:11 PM
Sedap gilaaa. dah dekat sgt dengan rumah ni...


Dah cuba ek? Sedap gila ko kata. Sos dia jenis banjir ke kering? Kalau banjir aku tak nak lah. Sayang type roti bagus bagus kalau buat banjir hancur.
Quote cik-jaja 20-12-2016 08:50 AM
suka sandwich cmni
Quote CiliPadiSedap 20-12-2016 10:24 AM
sederet dengan murni rasanya kedai ni, dengan nasi kak wok. akak selalu berkuntum makan kak wok dekat tapak jual durian syeksyen 7 tu, dengan makan pecel lele kt syeksyen 16, kalau jumpa kak say hi lah.. boleh kak belanja makan.
Quote BoongaKertas 20-12-2016 11:01 AM
ada yg dah cuba ke? review please..hehehe. Meols dalam usaha nak sokong produk tempatan ni.
Quote Star_el 20-12-2016 11:14 AM
mahal gk ek, baik aku beli subway trus, murah lg sub-of-the day
Quote nononcrux 20-12-2016 11:16 AM
kenapa la yang best-best semua kat kl
Quote hanisbunny 20-12-2016 02:08 PM
alaaa malasnye nk ke shah alam..dulu2 blh la, lps pick up or hntr adik kt uitm mmg sllu je sggh kwsn tu..tp adik pon dh grads..aiyooo..btw,review please klu ade sesiapa yg dh prnh try ni..worth it x klu i nk drive from kl semata-mata nk makan sandwich ni..
Quote Emperor95 20-12-2016 02:46 PM
munchkin replied at 19-12-2016 05:32 PM
Dah cuba ek? Sedap gila ko kata. Sos dia jenis banjir ke kering? Kalau banjir aku tak nak lah. S ...

Samalah kita
Quote TJ2 20-12-2016 05:05 PM
macam sedap je...
Quote emelia1509 20-12-2016 05:19 PM
Star_el replied at 20-12-2016 11:14 AM
mahal gk ek, baik aku beli subway trus, murah lg sub-of-the day

tu la kan..better subway lagi..

tgk sos tu macam banyak semacam...sure bun jadi lembik je..
Quote AmandaRollins 20-12-2016 10:01 PM
Mcm sos burger gerai je drg guna..meols xsuka sos n mayo banjir2..klu beli burger gerai mst xnk sos cili..will choose bbq sos instead(tu pun suh buh 3 titik je)n mayo pun ckt jek..penjual burger mst gelak everytime meols beli burger..

Btw,meols tertarik ngn menu med rice with bulgogi beef itu..nmpk cm sedap je..
Quote alesandra 21-12-2016 01:21 PM
alaaa...jauh dari area umah kakak aku
Quote KakManja 26-12-2016 03:51 PM
nyum2 .. sedapnye
Quote KakManja 26-12-2016 03:51 PM
nyum2 .. sedapnye
Quote KakManja 26-12-2016 03:51 PM
nyum2 .. sedapnye

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.457579 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top