Menyedihkan apabila seorang bayi lelaki berusia kira-kira dua minggu ditinggalkan di bawah sebuah pokok di belakang sebuah pangsapuri di SS16, Jalan Kemajuan di Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadar, bayi tersebut dalam keadaan sihat semasa ditemukan serta dibalut dengan kain yang tertulis Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Azlin berkata bayi malang itu ditemukan oleh seorang pemandu Uber yang kebetulan menurunkan penumpang dekat pangsapuri itu. "Ketika pemandu terbabit mahu meninggalkan kawasan tersebut, dia terdengar tangisan bayi sebelum menghubungi pihak polis."
Bayi seberat 2.85 kg itu dipercayai mungkin dilahirkan di PPUM dan pihak hospital akan melakukan pemeriksaan tentang rekod bayi terbabit. Memetik laporan mStar Online, lampin pakai buang, sabun bayi, susu dan botol susu turut ditemukan dalam beg plastik bersama bayi tersebut namun tiada sebarang dokumen ditemukan. -CARI
|
19
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 20-12-2016 05:23 AM
Mohd Uberruddin esjay
@ronapink , aku dpt sorang ank uber...
ronapink replied at 20-12-2016 09:50 AM
tahniah
class nama, ada esjey belakang..
xyhxxy replied at 20-12-2016 10:32 AM
Kesian baby. Kalau nak buang pun, buangla di tempat yg helookk skit.
jazaa100 replied at 20-12-2016 11:03 AM
Hari tu ada sorang baby uberuddin kannnnn...
Sbb tu bubuh 'esjay'....jd tau lah yg ni jumpa kat ...
ADVERTISEMENT