DJ dan pelakon kacak, Nas-T kerana sudah bergelar bapa selepas isterinya, Atita Haris selamat melahirkan anak perempuan sulung hasil perkongsian hidup mereka sejak Januari lalu. Nas-T atau nama penuhnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, berkongsi khabar gembira itu dalam akaun Instagram. Paling istimewa, bayinya yang diberi nama Nas Taliyah Nas Muammar Zard seberat 3.2 kilogram itu lahir pada tanggal 12 Disember 2016 iaitu pada sambutan Maulidur Rasul.
"Anak sulung kami dilahirkan secara normal di sebuah hospital pakar di Johor Bahru. Isteri saya dimasukkan ke bilik pembedahan kira-kira jam 7 pagi. Alhamdulillah pada jam 12.08 tengah hari, anak kami melihat dunia," katanya kepada Berita Harian Online. Nas-T juga mengakui yang dia amat teruja dengan pengalaman ini dan berkata isterinya hanya mengambil masa lapan minit dalam proses meneran sebelum melahirkan. Nas T memberitahu, anaknya itu berkongsi hari lahir dengan bapanya dan maksud nama Nas Taliyah ialah hamba yang membaca al-Quran dan yang mengikuti. Wah, sedap sungguh nama yang diberi, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Nas-T dan isterinya Atita. -CARI |
31
Bagus |
11
Marah |
19
Terkejut |
18
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
insulin replied at 12-12-2016 05:28 PM
Tahniah. Comel anaknya.
lazim replied at 12-12-2016 05:36 PM
Awat ank nama tali rafia
kerani_je replied at 12-12-2016 05:51 PM
Bile deme ni nikahnya? Rase mcm baru lagi jek
ADVERTISEMENT