Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Irman Abdullah, 35 telah menemui mayat terapung di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Kota Bharu. “Saya ingatkan patung, rupanya objek itu adalah mayat seorang lelaki,” kata Irman kepada Harian Metro. Dalam kejadian jam 8.04 pagi itu, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu hampir reput ditemui terapung di Sungai Kelantan di kampung berkenaan. Mayat dibawa ke Hospital Perempuan Raja Zainab II (HRPZII) untuk dibedah siasat. Menurut laporan, Imran dikatakan mengayuh basikal bersendirian melalui jambatan berkenaan. Tambah Imran, "Ketika mengambil gambar, saya ternampak objek kelihatan seperti patung di dalam sungai. Beberapa minit kemudian saya memberitahu seorang individu yang melalui jambatan itu yang sedang berjoging untuk mendapat kepastian mengenai objek berkenaan menyerupai manusia."
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, “Mayat dibawa ke darat dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya." Beliau juga meminta kerjasama orang awam yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis untuk sebarang maklumat. -CARI
|
18
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
23
Sedih |
33
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cap_ayam replied at 13-12-2016 12:49 PM
Sampah apa ada tong2 ni
abangbeca replied at 13-12-2016 03:46 PM
Aku dok cari objek kaler cam patung biasa cerah pinkish... patung versi gelap rupanya patut tak namp ...
FanTasyCreaTioN replied at 13-12-2016 04:14 PM
kalau tak nampak juga
mau rasa nya adik tolong edit letak arrow
ADVERTISEMENT