Menggemparkan apabila seorang remaja berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di rumahnya di Simpang Pertang, Selasa lalu.
Lebih mengejutkan apabila ibu bapa remaja terbabit tidak menyedari perubahan pada badan anak mereka. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri melaporkan remaja berkenaan mengenali teman lelakinya menerusi aplikasi WeChat sehingga menjurus kepada hubungan seks. "Pada mulanya, remaja terbabit mengadu kepada kakaknya sakit belakang sebelum melahirkan bayi. "Dia pada awalnya meminta kakaknya tidak memberitahu keluarga, namun kakaknya terpaksa memaklumkan ibu bapa mereka selepas menyaksikan keadaannya yang berdarah," katanya kepada Harian Metro. Othman menjelaskan, remaja berkenaan dibawa ke Hospital Jelebu sebelum membuat laporan di Balai Polis Pertang. "Remaja ini dan bayinya kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut. "Sementara itu, teman lelaki remaja berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. Kes itu turut dirujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - CARI |
2
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
4
Sedih |
12
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chiquititamichi replied at 9-12-2016 07:56 PM
Byk gak kes n9 ni b2h umur lahirkan anak..thun lepas 2 org budak umr 11 thun dpt baby...kat jempol . ...
de_ikea replied at 9-12-2016 08:07 PM
Acik nih lamo dah tunggu dik. Ko yang baru f2 ni subur boto. Berapo kli mencoba gaknyo?
ronapink replied at 9-12-2016 07:51 PM
hahahaha..
babywechat..
ADVERTISEMENT