Sekurang-kurangnya 36 maut manakala 95 lain cedera apabila dua kereta api penumpang Iran bertembung berhampiran bandar Shahroud, kira-kira 400 kilometer di timur Tehran.
Menurut laporan Reuters, angka kematian mungkin meningkat. Rakaman video menunjukkan empat gerabak tergelincir, dua daripadanya terbakar. Memetik kenyataan gabenor wilayah, Mohammad Reza Khabbaz, kereta api yang menunggu berada di laluan utama di luar stesen. Tambahnya lagi, berikutan lokasi nahas agak terpencil menyebabkan usaha menyelamat menjadi lambat dan dijangkakan angka kematian akan meningkat. Difahamkan kereta api itu memasuki stesen Haft-Khan di pinggir Shahroud merempuh kereta api lain yang menunggu di sana. Menurut Ketua Palang Merah tempatan Hasan Shokrollahi, tidak jelas berapa ramai penumpang dalam kereta api terbabit namun 100 orang diselamatkan.
"Setakat ini hanya satu helikopter sampai ke tempat kejadian kerana kesukaran akses."- CARI |
19
Bagus |
13
Marah |
16
Terkejut |
12
Sedih |
9
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT