CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 1

Dua Keretapi Bertembung Di Timur Tehran, 36 Maut, Ratusan Cedera!

[Copy link]
Post time 26-11-2016 11:30 AM | Show all posts |Read mode


Sekurang-kurangnya 36 maut manakala 95 lain cedera apabila dua kereta api penumpang Iran bertembung berhampiran bandar Shahroud, kira-kira 400 kilometer di timur Tehran.


Menurut laporan Reuters, angka kematian mungkin meningkat. Rakaman video menunjukkan empat gerabak tergelincir, dua daripadanya terbakar.


Memetik kenyataan gabenor wilayah, Mohammad Reza Khabbaz,  kereta api yang menunggu berada di laluan utama di luar stesen.


Tambahnya lagi, berikutan lokasi nahas agak terpencil menyebabkan usaha menyelamat menjadi lambat dan dijangkakan angka kematian akan meningkat.


Difahamkan kereta api itu memasuki stesen Haft-Khan di pinggir Shahroud merempuh kereta api lain yang menunggu di sana.


Menurut Ketua Palang Merah tempatan Hasan Shokrollahi, tidak jelas berapa ramai penumpang dalam kereta api terbabit namun 100 orang diselamatkan.

"Setakat ini hanya satu helikopter sampai ke tempat kejadian kerana kesukaran akses."- CARI

sumber foto: Reuters

sumber foto: www.payvand.com

sumber foto: www.payvand.com

sumber foto: www.payvand.com

sumber foto: www.payvand.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2016 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.038887 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list