CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misi Mencari 2 Pendaki Malaysia Tumpu Laluan Timur Vazmin Jika Cuaca Baik

24-11-2016 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24126| Komen: 336

Susulan isu dua pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak 20 Nov lepas, misi mencari dan menyelamat (SAR) akan menumpukan pencarian di laluan timur Vazmin.



Sumber foto: Harian Metro

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Ekspedisi, Rozaimi Md Said, misi itu hanya akan dilakukan sekiranya cuaca baik.

“Terdapat kemungkinan misi mencari dan menyelamat akan ditangguh akibat salji setebal 25 hingga 30 sentimeter sejak semalam.

“Sekiranya misi itu dijalankan, maka saya akan menyertai pencarian pendaki-pendaki yang hilang,” katanya kepada Bernama.

Rozaimi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kedutaan Iran dan pasukan SAR mengenai penggunaan helikopter penyelamat untuk misi itu. 

“Kami membuat permintaan untuk sebuah helikopter, sama ada milik pihak berkuasa atau tentera ataupun pesawat komersial berbayar. Pada masa sama, kami juga akan ke Mountaineering Federation of Iran di Polour hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kehilangan dua pendaki ini,” katanya.

Menurut Rozaimi, mereka akan mengaturkan satu pertemuan antara pasukan SAR, kedutaan dan anggota keluarga untuk memaklumkan proses ekspedisi dari awal hingga kini. - CARI
13

Bagus
13

Marah
9

Terkejut
19

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daisyna 23-11-2016 05:50 PM
Tergelincir ke?
Quote famri7 23-11-2016 05:53 PM
Hilang normal jah ka  sis? Sebab di oversea xda hantu kopooel pontianak.
Quote Changa 23-11-2016 09:01 PM
Selayaknya lah dek, mereput la kat pergunungan sana
Quote ChildrenOfBodom 23-11-2016 09:03 PM
tu la sapa suruh daki gunong shit'ah pi la daki gunong sunni syumul
Quote AbukRokok 23-11-2016 10:18 PM
dah kne bunuh oleh shia le tu
ostad cakap kan shia halal darah sunni ...asal nmpak sunni je bunuh asal nampak sunni je bunuh
Quote juliez 23-11-2016 10:22 PM
Ramli ni muka dia familiar la. hmm
Quote ohnoLia 23-11-2016 10:35 PM
AbukRokok replied at 23-11-2016 10:18 PM
dah kne bunuh oleh shia le tu
ostad cakap kan shia halal darah sunni ...asal nmpak sunni je bunuh a ...

Kan warga tempatan yg ai understand org syiah dah tolong cari  tu.. tp x jumpa  


Klu betul derg berfikiran halal darah.. dr cari baik derg bertepuk tangan gembira....
Quote MamaMima711 23-11-2016 10:40 PM
Kawan kpd ayah anak murid aku ni..dlm pic tu ada sorang lg lelaki..iaitu ayah anak murid aku .katanya ayah dia selamat sbb xnaik sana sbb cuaca buruk.ramli ni yg masih hilang..
Quote Bedah.Cun 24-11-2016 12:08 AM
Pegi lar lagi cari pasal kat bukit Syiah tue
Quote EJALTI 24-11-2016 11:35 AM
Wisma Putra Sahkan Dua Pengembara Malaysia Hilang Di Iran

http://www.mstar.com.my/berita/b ... -pengembara-hilang/

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 6:57 PM

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan dua pengembara Malaysia hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak Ahad lepas selepas mereka dipercayai berpecah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, kementerian itu berkata Kedutaan Malaysia di Tehran berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuki membantu operasi mencari dan menyelamat serta akan terus memantau kes ini dan memberikan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

"Kementerian ingin menekankan kepentingan warga Malaysia yang pergi atau tinggal di seberang laut supaya mendaftarkan diri dengan kedutaan atau pejabat konsul di negara itu terutamanya semasa keadaan kecemasan," katanya.
Sementara itu Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata usaha mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan.

Beliau berkata pihak berkuasa Iran telah mengerahkan empat pasukan penyelamat untuk menjejaki Ramli Abdul Majid, 44, dan Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50.

"Kementerian Luar berharap kedua-dua pendaki tersebut ditemui segera dalam keadaan yang selamat.

"Kementerian Luar juga ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada pihak berkuasa Iran dalam membantu operasi mencari dan menyelamat kedua-dua pendaki tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Quote BurungBiru 24-11-2016 11:37 AM
dh sampai syria kot


akak ingat kat iran tu padang pasir je..takde gunung ganang..
Quote SepatUngu 24-11-2016 12:56 PM
gunung berapi tidur ni..baru google td bersalji dan mmg cantek
Quote batmana 24-11-2016 04:14 PM
moga selamat jupe
Quote damian_lee 24-11-2016 04:17 PM
moga selamat jumpa ...
Quote pittjie 24-11-2016 04:34 PM

bumi iran cantik kak. gunung ganang diseliputi salji pun ada. tempat main ski pun ada. cuma negara tu kan tak brapa nak popular dgn rakyat kita so kita ni tak brapa nak tau.

Quote monreyes 24-11-2016 04:35 PM
dah tua kot..harus pancit
Quote hest 24-11-2016 04:37 PM
apa lah bodoh2 sangat komen kat atas2 tu.. tak boleh ke doakan je yang baik? salah ke?
Quote siskepoh 24-11-2016 06:26 PM
semoga dipermudahkan
Quote ShiningStars 24-11-2016 06:44 PM
Semoga dapat dijumpai dlm keadaan selamat

Lihat semua komen(336)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.131831 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top