CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelar Tajuddin Sial, Khalid Diserang Penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak

24-11-2016 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11555| Komen: 196

Description: Kecoh sebentar perkarangan bangunan Parlimen hari ini, apabila lebih 10 individu dipercayai penyokong ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertindak mengerumuni dan menyerang Ah ...
Kecoh sebentar perkarangan bangunan Parlimen hari ini, apabila lebih 10 individu dipercayai penyokong ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bertindak mengerumuni dan menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.





Menurut laporan Astro Awani, Khalid dilihat baru turun dari kenderaannya dan sedang berjalan menuju ke pintu masuk Dewan Rakyat sebelum diserang kumpulan berkenaan yang kemudiaannya dileraikan pegawai polis bertugas.


Sumber foto: FMT


Ketika ditemui wartawan Astro AWANI selepas kejadian, Khalid mendakwa terdengar salah seorang daripada individu terbabit berkata "Kenapa kau panggil ayah aku 'sial'?


Sumber video: Youtube The Star

Ekoran itu, serangan berkenaan dipercayai susulan tindakan Khalid menggelar Tajuddin dengan kata kesat dalam sidang Dewan Rakyat Isnin lalu. - CARI
14

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 24-11-2016 12:32 PM
‘Kami dari Pasir Salak’ serang Khalid Samad

http://www.malaysiakini.com/news/363972

Zikri Kamarulzaman      Hari ini, 11:55 tengahari      Hari ini, 12:01 tengahari











Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini diserang oleh kumpulan yang percayai dari Pasir Salak di luar lobi Parlimen apabila beliau keluar dari keretanya.

Pada kejadian itu, kira-kira 12 orang bergegas dari pintu lobi Parlimen ke arah keretanya dan mula mencercanya.

Kekecohan itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila ada yang cuba untuk merempuh kawalan anggota keselamatan Parlimen yang cuba melindungi Khalid.

Berikutan pergelutan itu, seorang anggota keselamatan dan beberapa penyerang berkenaan dilaporkan terjatuh.

Mereka juga dilaporkan berjaya menarik baju Khalid tetapi gagal memukulnya. Pemimpin AMANAH itu kemudiannya diiringi ke lobi Dewan.

Seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menjerit "Kami dari Pasir Salak ni bukan sial!"

Kumpulan itu juga melaungkan "Hidup Pasir Salak!" sebelum beredar.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Khalid berkata seorang daripada ahli kumpulan itu mengaku dirinya sebagai anak kepada timbalan menteri Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Dia kata kat saya kenapa awak panggil bapa saya sial?" kata ahli parlimen AMANAH tersebut.

Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.
Quote ekod79 24-11-2016 12:34 PM
Jungle law initiated by umno
Quote ChildrenOfBodom 24-11-2016 12:34 PM
menteri bangsat sial low class pprt, malu gila tgk celaka ni mcm budak2 kelas belakang2
Quote OmJualGas 24-11-2016 12:35 PM
sah ...memang sial.
Quote -electrifying- 24-11-2016 12:55 PM
hidup bila dh gelumang dgn bnda haram je mcm tu la..
perangai pon xde adab
Quote musang_berapi 24-11-2016 12:57 PM
Ini macam laa anak bapak.
Hehe.
Quote kelana36 24-11-2016 01:02 PM
Memang dah macam sial pun perangai..

tak reti jawab soalan, gelak gelak pastu main ejek ejek macam budak budak..

orang macam ni yang nak di bangga kan?

come on melayu...
Quote kaktom 24-11-2016 01:06 PM
kaktom nak ingatkan yb khalid samad pepatah melayu "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa".  kaktom takisah yb nak marah ke nak perjuangkan nasib seorang kafir ke dan yb nak jadi berlagak sebagai knights in shining armor ke, kaktom tak kisah sebab kaktom tahu yb tidak ada pengetahuan atau belum habis mengkaji alquran atau mungkin belum belajar alquran langsung.

kaktom mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada yb dan semua umat islam, juga diri kaktom sendiri ( maklumlah kaktom manusia dan manusia mudah lupa ) tentang ayat quran surah ali imram ayat 28 yang ditafsirkan dalam bahasa melayu sebagai berikut:

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.

Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.


kaktom sedih dengan keadaan sekarang, ramai muslim telah disuntik denga dakyah2 mengagungkan kafir hanya kerana politik semata2. mereka bergandingan dengan kafir dalam menentang orang muslim suadara seiman hanya kerana hendak dilihat sebagai wira dimata kaum kafir.








Quote Mimique 24-11-2016 01:08 PM
lahanat betoil khalid samad ni....mana adab kita?
Quote jengkoil 24-11-2016 01:08 PM
Pelawak pelawak yg membazirkan duit rakyat..

Si anak terus bawak geng...
Quote kaktom 24-11-2016 01:10 PM
kaktom sedih melihat muslim2 saudar seiman kaktom bergaduh sesama sendiri hanya kerana seorang kafir yang terang2 melawan hukum islam.



Quote bit 24-11-2016 01:12 PM
UMNO sekarang hanya ada samseng je.

Dah memang sial pun perangai pasir salak masa parlimen hari tu.  Buat malu pakai songkok je
Quote Mimique 24-11-2016 01:18 PM
perangai kahlid samad ni sama sial macam kok!
Quote kemaruk 24-11-2016 01:19 PM
badan dah kepanasan terutama bahagian ketiak
Quote OmJualGas 24-11-2016 01:23 PM
konco-konco pun sial ...
Quote Matakilat 24-11-2016 01:39 PM
Memalukan betul
Quote m.kumaran 24-11-2016 01:51 PM
melayu bila gaduh sesama melayu lu sapa? lu sapa? lu sapa? sepuluh minit kemudian lu sapa lu sapa lu sapa 20 minit kemudian lu sapa lu sapa lu sapa 30 minit kemudian datang pakcik leraikan kegaduhan. pakcik nasihati salam. salam salam, habis cerita.

soalan lu sapa tidak terjawap.




Quote zidane_ziege 24-11-2016 01:56 PM
pengecut..ramai2 nk lwn sorang org tua..sila potong anu kamu dan bagi anjing makan..
Quote damian_lee 24-11-2016 01:57 PM
kihkihkihkihkih


Lihat semua komen(196)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081452 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top