CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Sendiri Kulit Pai Tee Persis Di Chicken Rice Shop, Berbaloi-baloi!

17-11-2016 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19553| Komen: 16|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kepada yang gemar berkunjung ke Chicken Rice Shop, pasti tidak asing lagi mendengar nama Pai Tee, bukan? Berasal dari keturunan peranankan, Pai Tee juga dipanggil top hat keran rupa bentuk kuihnya. 



Sumber foto: http://www.bestofhalal.net

Jenuhlah kalau nak makan selalu di Chicken Rice Shop kerana harganya agak mahal juga. Lebih baik buat sendiri. Nak tau macam mana? Jom tengok resipinya.


Bahan-bahan kulit pai tee:
180 gram tepung beras cap teratai
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air

1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam

Bahan-bahan inti:
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain (opsyenal):
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan


Cara-caranya:

Kulit Pai Tee
1. Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, kemudian gaul rata dan ayak. Selepas itu masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.

2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celup acuan pai tee ke dalam minyak panas tadi selama lebih kurang 30 saat. Angkat acuan dan celup separuh acuan dalam bancuhan tepung, buat macam gambar.



3. Masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pai tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali untuk menjadikan bahagian bawah pai tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.



Sumber foto: Blog Che mat tiffin biru

4. Tanggalkan kulit pai tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.


Inti Pai Tee: 
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. 

2. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.


Pai Tee:
1. Sudukan inti ke dalam kulit pai tee hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. 

2. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. 


Makanlah ketika masih panas kerana ia akan menjadi lembik selepas dimasukkan inti. Selamat mencuba semua! - CARI


Kredit resipi: Che mat tiffin biru
16

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lnakass 17-11-2016 04:47 PM
Rasa mcm leceh pulak nak buat satu2.
Quote Nenasketum 17-11-2016 05:05 PM
Memang slalu rasa nak buat tapi macam renyah.
Quote fishcracker 17-11-2016 05:24 PM
tak dan nak buat,takat 2 beranak je baik makan kat CRS je
Quote holothurian 17-11-2016 05:28 PM
nak mencari acuan lagi... itu ini lagi..
Quote siskepoh 17-11-2016 06:39 PM
sis ni malas masak. beli jelah. pai tee dapnyehhh
Quote cik-jaja 18-11-2016 12:41 PM
igt nak blaja buat, tp nk kena beli alatan segala bagai la plk
Quote minahsenget 18-11-2016 02:37 PM
awal2 recipe dah malas cari..cap teratai la pulakkk
Quote swayne 18-11-2016 04:08 PM
walaupun dah ada resepi, tetap malas nak buat. huhu. nak ke tcrs lah esok
Quote Kerangbusuk 20-11-2016 07:25 AM
omg nampak sdap.. kena try ni
Quote alieyrina 21-11-2016 10:22 PM
Wajib oder kalau ke tcrs okeh
Quote uori 22-11-2016 11:19 AM
suka makan sayur masam kat ciken rice shop
sedapppp
Quote Daisyna 25-11-2016 12:02 PM
sedapnya wajib order bila mkn kt crs
Quote KakManja 26-12-2016 05:32 PM
alahaii sedapnye.. tp malasnye nak membuat nye ..
Quote KakManja 26-12-2016 05:32 PM
alahaii sedapnye.. tp malasnye nak membuat nye ..
Quote KakManja 26-12-2016 05:32 PM
alahaii sedapnye.. tp malasnye nak membuat nye ..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049658 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top