Kadershah Sabaruddin, seorang pemandu bas ekspres berusia 51 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik atas tuduhan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati pada 4 bulan lalu.
Astro Awani melaporkan, mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Khas Trafik Ipoh, Kadershah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.45 petang di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada 10 Julai lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan. Pegawai pendakwa Inspektor Kelvin Meng menawarkan wang jaminan RM5,000, namun tertuduh merayu ia dikurangkan kerana tidak bekerja ketika ini, selain mempunyai tanggungan. Siti Hanum membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Januari 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Dalam kejadian 10 Julai lalu, sebuah bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh 10 kenderaan dekat Terowong Menora semasa kesesakan lalu lintas. - CARI |
22
Bagus |
34
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
32
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SWORKS27 replied at 14-11-2016 05:28 PM
yela..betul tu..kenapa dia mesti nak mengaku salah..
sebaliknya..
dia boleh salahkan vendor brake ...
wunan88 replied at 14-11-2016 05:32 PM
Sokong..salahkan bijan sebab kenakan gst kasi harga brake jadi mahal..tue yg guna brek xde kualiti
pooh~key replied at 14-11-2016 05:39 PM
Salahkan diri sendiri sebab undi bijan.
God_Eater_4 replied at 14-11-2016 05:42 PM
salah takdir tuhan zeus
pooh~key replied at 14-11-2016 05:50 PM
Haha sebelum akak klik reply kau ni sis, akak dah agak kau mesti nak kaitkan dengan zeus. Sekali b ...
awekjepun replied at 14-11-2016 06:17 PM
Ni kes sbb break x berfungsi ke?
ronapink replied at 14-11-2016 05:11 PM
mengaku tidak bersalah
cmf_almondpecan replied at 14-11-2016 06:22 PM
Walaupun bunyi pelik dalam bahasa Melayu, ini terjemahan dari frasa pleaded not guilty. Jadi, utk ...
ronapink replied at 14-11-2016 06:24 PM
ok faham..
bahasa undang2 ye..
cmf_almondpecan replied at 14-11-2016 06:28 PM
Iya. Boleh dikatakan gitu
ronapink replied at 14-11-2016 06:30 PM
tapi dah terang2 bas tu melanggar..
macam mana nak buktikan dia xlanggar
ADVERTISEMENT