Aktres Hindustan, Anushka Sharma sanggup membotakkan kepalanya semata-mata untuk menjiwai watak pesakit kanser dalam filem Ae Dil Hai Mushkil. Namun sebenarnya dia bukanlah betul-betul mencukur rambutnya yang panjang, tetapi hanya menggunakan teknik kesan khas. Hasilnya cukup realistik dan sebelum ini Bollywood seperti Priyanka Chopra dan Kangna Ranaut pernah aplikasikan teknik yang sama untuk tampil botak dalam filem lakonan mereka. Memetik Harian Metro, Anushka sangat teruja dengan watak yang dipegangnya itu dan menyatakan gembira berkerja di bawah arahan Karan Johan kerana skrip dan produksinya yang cukup bagus. “Apabila bekerja dengan Karan dan tenaga kreatif seperti Manish Malhotra, anda hanya perlu fokus kepada lakonan sahaja kerana mereka lebih tahu sudut terbaik anda dalam filem. Ini juga kali pertama saya dan Ranbir berimej botak dan perkara ini dirahsiakan sehingga filem ini ditayangkan di pawagam,” katanya. Filem ini juga memerlukan Anushka untuk bekerjasama dengan aktor Ranbir Kapoor, Aishwarya Rai serta aktor Pakistan, Fawad Khan. Menyingkap pembabitannya dalam duni filem, Anushka sebenarnya berasal dari keluarga tentera dan tiada sebarang pengalaman berlakon mahupun ahli keluarga dalam kalangan dunia Bollywood. Namun, aktres ini berjaya membuktikan dia memang berbakat besar dalam bidang lakonan. Sama-sama kita natikan kemunculan filem baharunya ini kelak, okay! -CARI
|
27
Bagus |
13
Marah |
21
Terkejut |
26
Sedih |
31
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mirandanicky1 replied at 13-11-2016 01:08 PM
Okay bukanlah betul2 berani ni sekadar effect khas pun nk gebang. Kalau betul2 actress hebat cukur ...
mirandanicky1 replied at 13-11-2016 01:08 PM
Okay bukanlah betul2 berani ni sekadar effect khas pun nk gebang. Kalau betul2 actress hebat cukur ...
ADVERTISEMENT