CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tasha Manshahar Kena Kecam, Lekehkan Nyanyian Fazura?

9-11-2016 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10794| Komen: 72|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sumber Foto: Berita Harian
Nyanyian Fazura dalam separuh akhir Muzik Muzik 31 lepas memang telah mendapat kritikan hebat terutama dari netizen yang rata-ratanya mendakwa selebriti jelita itu langsung tidak pandai menyanyi.

Malah disebabkan tajuk lagunya "Hancur Aku", hal ini menjadi bahan jenaka di laman sosial dan ada yang mengatakan "Memang hancur pun suara kau."

Baru-baru ini ia menjadi kembali hangat bila Tasha Manshahar pula terkena tempias dan dikatakan telah memperkecilkan kemampuan Fazura sebagai penyanyi.

Pelantun lagu "Oh No" itu dikatakan memuat naik komen 'hancur betul' di sebuah laman Instagram peminatnya iaitu @srijuju yang kebetulan memuat naik status 'Hancur...hancur...aku'.


Sumber Foto: IG Tasha Manshahar
“Semuanya hanya salah faham kerana komen ‘hancur betul’ itu memang bukan untuk Fazura dan saya pun tak tengok persembahannya. Kebetulan individu yang memuat naik gambar itu adalah ketua kepada kelab peminat saya dan komen berkenaan saya tujukan kepadanya dengan nada bergurau," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Tasha lagi, dia sendiri tidak tahu bagaimana nyanyian Fazura dalam program itu. "Kalau betul dia menyanyi tak bagus malam itu, saya tiada hak langsung mengkritiknya secara terbuka kerana saya pun penyanyi.”

Tambahan lagi, Fazura adalah antara artis yang dikagumi oleh dirinya dan tidak logik jika dia mahu mengutuk penyanyi serta pelakon itu secara terbuka.

Sumber Foto: Sinar Harian
Tasha sendiri telah menarik diri dari membuat persembahan lagu Ragu Ragu dengan Syed Shamim dalam program yang sama kerana terikat dengan komitmen lain.

Walau bagaimanapun, Tasha telah memohon maaf jika ada yang telah terguris hati dengan komennya itu dan turut terkilan kerana ramai yang mengecam dirinya.

Begitulah asam garam dunia artis, tak ada buat salah pun selalu ada sahaja yang salah faham, kan? -CARI

11

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
11

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 9-11-2016 11:18 AM
Wujud lagi ke minah ni..sendunya
Quote kuewTiau 9-11-2016 11:22 AM
Hancur sama hancur pon nak gaduh

Quote razureza 9-11-2016 11:23 AM
Edited by razureza at 9-11-2016 11:24 AM

Pajurah nyanyi mmg hancur...

Tasha ni nyanyi sama haukkkk jgk...like x sedar diri sgt
Ketua kelab peminat kata ko??? Kelasss sgt smpi ada kelab peminat...
Quote pencintaABC 9-11-2016 11:24 AM
The pot calling the kettle black?
Quote allshares 9-11-2016 11:25 AM
Haha. Fazura nyanyi tak best pun masih relevan dlm industri? Kau? Aku unfollow tasha ni sebab gambar dia ambik nampak budget2 cun walhal mula rakyat jelata jua, suara pun so-so jah.
Quote damian_lee 9-11-2016 11:28 AM
ingatkan dah tutup buku dah ..... hahahaha
rupanya ada lagi ...
seriously suara dia sendu ....
lagu terima kasih cinta tu pun .. wlau recording ... tetap nafas kelaut ...
hahahah
Quote farahquinn11 9-11-2016 11:30 AM
tasha nyanyi live pn hanco.. haha
Quote pencintaABC 9-11-2016 11:30 AM
Sheols pun dah ade kerjaya tetap jadi English teacher kat Melaka kan? So rasanya sheols akan kurang kan la akitviti seni.
Quote cikgojesss 9-11-2016 11:33 AM
kelass ko dek ada ketua kelab pemenat.. mampu nak lawan kak tini kepam kerudung pim presiden kelab kerofak???
Quote mieymiey 9-11-2016 11:46 AM
Edited by mieymiey at 9-11-2016 11:50 AM

Kalau betul dia menyanyi tak bagus malam itu, saya tiada hak langsung mengkritiknya secara terbuka kerana saya pun penyanyi.............................................yang hauk

Quote offwhite 9-11-2016 11:48 AM
miss fake mane bole kena bash..kena up selalu walaupun apa keadaan sekalipun pun...filem flop ke..nyanyian hauk ke..semua kena puji

Quote Nenasketum 9-11-2016 11:52 AM
Fazura self esteem lebih tinggi dari gunung everest. Lantak korangla nak cakap apa, janji dia masih releven. Relevenkah lagi?
Quote green_coffee 9-11-2016 12:00 PM
Dia nyanyi live pun hancus.....wekkkk
Quote oldskul 9-11-2016 12:00 PM
sama hauk..hancur betul
Quote Ferr_Remy 9-11-2016 12:03 PM
Ni bkn soal Miss Fake x leh kena bash ke idok.. ni soal penyanyi hauk bajet menang AIM vocal trbaik nk lahat diva shantekkkkkkkkk kesayangan Malaysia
Quote azimodin 9-11-2016 12:14 PM
jadah sgt... suara flat pon ade hati nak kutuk orang. Dok diam2, jgn sampai kena lahar dengan Tokram.
Quote virgo19 9-11-2016 12:17 PM
Korang ni baca la ayat dia cakap tu betul2. Dia tak sindir faz pun, dia kan gurau je. Siap minta maaf lagi kalau terasa. Apa la.. semua pun nak hencap.
Quote cknoriz 9-11-2016 12:19 PM
missfake nyyi mmg hancurrr hauk level budak2 yg melalak kt karaoke jamban lg sedap didengar...plss mek fake jura stop singing buat la keje lain xyah nnyi la
Quote cknoriz 9-11-2016 12:20 PM
word hancur retis lain jgn tulis nnti missfake terasa ishh korg ni pun

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.084669 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top