Hari ini, bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret apabila didakwa atas tuduhan mencederakan penceramah bebas wanita, September lalu.
Berita Harian melaporkan, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah, Ahmad Faiz, 27, yang juga pemenang tempat kedua program berkenaan memohon tuduhannya dibicarakan. Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Faiz didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab bangkitkan kemarahan di Pondok Rumi Sufi Jawi, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara di sini, jam 2.30 petang, pada 26 September lalu. Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes dengan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Jika sabit kesalahan, Ahmad Faiz boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda atau kedua-duanya kerana pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyyen 335 Kanun Keseksaan.- CARI
|
20
Bagus |
22
Marah |
10
Terkejut |
24
Sedih |
18
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-LTS replied at 7-11-2016 04:26 PM
Hari ini, bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias menga ...
nuralisa replied at 7-11-2016 04:52 PM
laarrr.. dia baru dpt baby kan..
patutla bini pun senyap dr fb...
CARI-LTS replied at 7-11-2016 04:26 PM
Hari ini, bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias menga ...
mokcikKSKB replied at 7-11-2016 05:05 PM
Ustat bodow..mohon mereput!
ADVERTISEMENT