CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Rayuan Sahkan Penduduk Kampung Chubadak Bukan Setinggan

17-11-2014 02:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8961| Komen: 54

Description: Kampung Chubadak, Sentul Mula Dibuka Sejak 50 Tahun Lalu Oleh Peneroka Bandar Yang Masuk Ke Kuala Lumpur Serentak Dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu ...
Mahkamah Rayuan Sahkan Penduduk Kampung Chubadak Bukan Setinggan




Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju penduduk Kampung Chubadak, Sentul, Kuala Lumpur bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.


Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.

Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini.


Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.

31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.


Mereka menyaman Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju tanah itu Sentul Murni Sdn Bhd.

Antara yang hadir di mahkamah hari ini adalah warga emas, Wahidah Mat Salleh, 72, yang rumahnya merupakan terakhir dimusnahkan di kampung tradisi Melayu itu pada 28 Ogos lalu.

Dalam perbicaraan hari ini, penduduk Kampung Chubadak diwakili barisan peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Pemuda PAS iaitu  Fazarudin Sujairi Md Radzi, Azmir Zakaria, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Mohd Fitri.

Perjuangan Opah Wahidah mempertahankan haknya di sambut pelajar Universiti Malaya (UM) apabila beliau di bawa ke kampus itu melalui program "Opah Wahidah Masuk Universiti" 5 November baru-baru ini.

Kini warga emas itu bersama suaminya yang menetap lebih 45 tahun di kampung terbabit hanya berteduh di bawah sebuah khemah dibina jiran tetangga sekarang ini.

Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 28 Oktober lalu, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan, iaitu rumah Opah Wahidah dirobohkan dan puingnya dibakar hangus.

Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.

Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka. – 13 November, 2014.


11

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
11

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 14-11-2014 02:23 PM
so, pemaju and the gang kena bagi pampasan dekat penduduk chubadak eh?
Quote kecimpret 14-11-2014 02:25 PM
kg chubadak ni tanah lot ke?..ada geran tanah tak?
Quote bobby2008 14-11-2014 02:26 PM
Pmpasan saja tak cukup, mesti kena bina semula rumah2 yg dirobohkan serta ganti rugi hidup susah dalam kemah
Quote dauswq 14-11-2014 02:29 PM
berapa byk duke kena byr? sudahlah bina lebuhraya atasnya
Quote obelisk 14-11-2014 02:30 PM
Quote kentel 14-11-2014 02:55 PM
justice for MH17 #tetiba
Quote alesandra 14-11-2014 03:04 PM
mcm manalah puak2 pemaju,polis,ketua pengarah DBKL neh tido mlm ye.semoga hidup korang semua dilaknati tuhan
Quote atira 14-11-2014 03:05 PM
jadi tanah bertuan la?
bukan tanah kerajaan?
Quote namirulmukminin 14-11-2014 03:10 PM
Hahahaha... mana mau lari haaa???
Quote dino 14-11-2014 03:11 PM
namirulmukminin posted on 14-11-2014 03:10 PM
Hahahaha... mana mau lari haaa???

menjwb le...
btw bangga ngan makcik dlm gambo
Quote ajie2000 14-11-2014 03:11 PM
mereka disuruh pindah ada ganti mana-mana banglo tak?..

kalau ganti macam rumah PPRT patut la tak mau pindah..

sekurang2nya semi D..

Mulayu..mulayu...kesiann...

Quote kecimpret 14-11-2014 03:16 PM

The court today reinstated the suit by residents of the village which sought for proper compensation. – The Malaysian Insider pic, November 13, 2014.

The Court of Appeal today agreed that residents of Kampung Chubadak Tambahan in Sentul were not squatters but licence holders of the land the village was located on, and had the right to be compensated accordingly.
The Court ordered the reinstatement of a suit by the residents, asking that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and the developer halt their project and seek compensation.
The suit was struck out earlier this year.

Justice Abdul Aziz Abdul Rahim, Justice Datuk Mah Weng Kwai and Justice Dr Prasad Sandosham Abraham decided that lawyers representing the residents to re-instate the suit.
The case will be remitted to the Kuala Lumpur High Court on November 24 for mention.
A total of 31 villagers, including 72-year-old Wahida Mat Salleh, whose home was destroyed on October 28, were present at court today.
In July last year, the high court ruled that the villagers had no right to claim ownership over the land as they are “squatters” on state-owned land,
It cited a Federal Court ruling in 1982 that declared them as having no right either in law or equity.
The villagers said they had a right to the land as they were among the earliest to settle in the area.
They sued the Federal Land Commissioner, the Director of Federal Territories' Lands and Mines Department, DBKL, and developer Sentul Murni Sdn Bhd.
The villagers today were represented by PAS's Law and Human Rights Department (Juham), namely Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, Ahmad Fazarudin, Zakariya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi and Mohd Fitri. – November 13, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.d3wqoI5w.dpuf



pemegang lesen tanah..ada lak term camtu yer..sorry aku x tau pasal tanah2 ni..yg aku tau kalo tanah lot mesti ade geran..tanah haram takde geran


Quote tentera_laut 14-11-2014 03:16 PM
mampoi dbkl and pemaju nak ganti..
takpe.. lepas ni ada mahkamah persekutuan.. leh buat rayuan lagi..

Quote namirulmukminin 14-11-2014 03:17 PM
dino posted on 14-11-2014 03:11 PM
menjwb le...
btw bangga ngan makcik dlm gambo

Siap genggam penumbuk tu... memang mencicit le set2 pemaju rakus tu cabot lari....
Quote dino 14-11-2014 03:26 PM
namirulmukminin posted on 14-11-2014 03:17 PM
Siap genggam penumbuk tu... memang mencicit le set2 pemaju rakus tu cabot lari....

depa pkir nak buat untung jah... mana pkir psl makcik tu dok mana ke ape...
dulu teringat kat pantai hill park.... ade deret2 penjaja taknak pindah.... last2 terbakar area tu... bau2 ikan sgt2
Quote the_killer 14-11-2014 03:35 PM
dino posted on 14-11-2014 03:26 PM
depa pkir nak buat untung jah... mana pkir psl makcik tu dok mana ke ape...
dulu teringat kat pa ...

Orang Minangkabau di seluruh Malaysia tak bantu mereka ka? depa kan kaum Minangkabau Chubadak?
Quote the_killer 14-11-2014 03:37 PM
Kampung Chubadak terletak berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia.

Berdasarkan sejarah lisan, Kampung Chubadak ini di sebelah utara yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kampung Chubadak Hulu dan di sebelah selatan dikenali sebagai Kampung Chubadak Hilir telah wujud sebelum tahun 1800. Kampung ini diterokai oleh orang berketurunan minang Chubadak dari Sumatra berjenarasi lamanya. Penduduk asal Kampung Chubadak adalah merupakan pemilik tanah rezab Melayu dari dahulu hingga sekarang yang mempunyai geran tanah sendiri. Last edited by the_killer on 14-11-2014 03:51 PM

Quote WawaRaRa 14-11-2014 03:48 PM
mmg la bukan... diorg kampung kan... da lama wujud... huhu... sedap2 je kata setinggan....
Quote TuntungReturn 14-11-2014 03:50 PM
x silap.aku ade akta tanah kate kerajaan bleh amik tanah utk kepentingan awam cm buat lebuhraya

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.233852 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top