Terdapat buaya berkeliaran di kawasan luar pusat membeli belah? Menurut laporan The Star, pada kira-kira 2 pagi, kelihatan seekor buaya liar berkeliaran di jalan yang berhampiran pusat membeli belah Karaminsing yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.
Difahamkan buaya tersebut panjangnya kira-kira 3 meter dan beratnya kira-kira 55kg, mujurnya ketika itu tiada sebarang kecederaan akibat diserang oleh buaya itu dilaporkan. Penduduk yang menemui buaya itu, pada mulanya beranggapan apa yang dilihatnya itu adalah biawak yang bersaiz besar, tetapi setelah memerhati dengan lebih teliti, barulah sedar sebenarnya haiwan tu adalah seekor buaya, kemudian segera menghubungi jabatan perkhidmatan awam Malaysia untuk menangkapnya. Ketua pasukan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Kol Mulliadi Al Hamid Ladin, anggotanya menghabiskan masa 3 minit untuk menangkap buaya berkenaan. Kol Mulliadi Al Hamid percaya, buaya liar itu terlepas dirinya dari Longkang yang berhampiran, dan kini bersifat agak agresif atau ingin serang sekiranya dihampiri manusia.
Setakat ini, buaya liar yang sesat diri itu telah diberikan kepada pegawai pengurusan haiwan liar untuk menjaganya. - CARI |
14
Bagus |
18
Marah |
15
Terkejut |
4
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT