Aktres kesayangan ramai, Nur Fazura Sharifuddin sama sekali menafikan yang dia akan menarik diri daripada bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 31 yang akan berlangsung pada malam ini. "Ramai peminat yang mahu melihat saya dan Estranged sama-sama masuk ke peringkat separuh akhir dan kalau boleh, hingga ke pentas Anugerah Juara Lagu. Atas alasan itu juga peminat mengundi kami," katanya kepada Berita Harian. Fazura menambah ianya tidak logik sekiranya dia menarik diri sedangkan tiada siapa pun yang dapat menggantikan dirinya untuk menyanyikan lagu tersebut. Sebagai seorang penyanyi, Fazura bertanggungjawab mempersembahkan lagu Hancur Aku dengan sebaik mungkin dan semestinya dia sangat teruja kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir. "Ketika mula-mula memasuki program Muzik-Muzik, saya hanya terfikir untuk menyanyi. Saat itu, saya tidaklah menaruh harapan terlalu tinggi. Maknanya, kalau berjaya ke peringkat seterusnya, ada rezeki untuk kami." Walau bagaimanapun dia sedar yang dirinya bukanlah seorang penyanyi yang hebat dan pertandingan tersebut memang akan menjadi sangat sengit. Apa-apa pun kami doakan yang terbaik untuk Fazura dan semoga berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan jayanya, ya? -CARI |
27
Bagus |
19
Marah |
25
Terkejut |
25
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 4-11-2016 11:52 AM
Kalau ana rafali @beta_carotene boleh juara AJL, why not mekjura ? Sheols dahla gojesss
ReginaBeauty replied at 4-11-2016 11:45 AM
Give it a try and do your best
Muzik-Muzik is a song competiition, not singer.
ADVERTISEMENT