Sebuah kapal kargo yang membawa sisa beracun yang disyaki mempunyai berat lebih 177 tan, berlepas meninggalkan Romania dikatakan berniat untuk memasuki ke negara kita melalui laluan laut dan dijadikan bahan pembuangan di negara ini. Menurut laporan esklusif Oriental Daily News, setelah menerima maklumat rahsia itu, syarikat akhbar tersebut bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan operasi. Sebelum itu, pada 20 Oktober, akhbar terbabit dikatakan menerima maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai dari Hong Kong. Sumber itu mendakwa sebuah kapal dengan bahan pembuangan logam seberat 2,723 tan yang dipercayai mengandungi Arsenic dan Cadmium yang beracun tinggi, difahamkan dibahagikan kepada 123 kontena sedang mencari tempat untuk dibuang.
Setelah dibawa naik ke kapal dari Romania, kapal itu dilarang untuk memunggah turun ke pelabuhan Shanghai dan Xiamen di China. Sehubungan itu, kapal tersebut bertindak mengalih haluan ke Malaysia untuk dibuang secara haram. Justeru, akhbar Oriental Daily News menghubungi media berita di Hong Kong iaitu (HK01) untuk menjalankan siasatan bersama. Setelah mendapat dokumen dan maklumat laluan kapal kargo terbabit, dengan segera mereka menghubungi Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia iaitu Datuk Ahmad Kamarul Najuib untuk bekerjasama dengan kementeriannya. Akhirnya atas bantuan jabatan kastam, setelah tiba di pelabuhan, kapal tersebut diberikan arahan larangan menurunkan barangnya dan diarah patah balik ke Hong Kong semula pada Ahad lalu. - CARI |
32
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shamsadis replied at 3-11-2016 05:14 PM
kalau hantar gadis2 Romania bermata biru ok je
ADVERTISEMENT