CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusingan U Nelayan Berjaya Patahkan Cubaan Culik Kanak-Kanak

31-10-2016 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8192| Komen: 57

Sumber Foto: Bernama


Seorang nelayan muda berjaya mematahkan satu cubaan penculikan apabila bertindak pantas dengan menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berada di sebuah stesen bas di Taiping.

Ketika itu, Mohd Saifullah Mat Amin, 24, berkata dia sedang memandu lori milik syarikatnya dan ternampak adik Muzaffar Mohamad, 11, yang bersendirian serta kelihatan sugul sebelum berasa tidak sedap hati.

"Saya dah lalu tempat adik Muzaffar duduk di sudut perhentian bas sebab hujan tengah lebat dan saya hendak segera pulang ke rumah. Entah, hati saya rasa tak sedap sangat dan saya buat pusingan pusingan-u untuk bertanya kepada kanak-kanak yang bersendirian di situ," katanya kepada Astro AWANI.

Ayat pertama yang diluahkan adik Muzaffar selepas ditnya mengapa duduk bersendirian di situ ialah, "Saya tunggu ayah, kawan ayah kata ayah akan datang ambil saya tapi dari pagi ayah tak sampai."


Menurutnya lagi, kanak-kanak itu berkata yang dia mengikut kawan ayahnya yang sama sekali tidak dikenali dan telah menginap di sebuah hotel pada malam sebelumnya.

Saifullah telah membawa kanak-kanak malang tersebut ke balai polis berhampiran dan dimaklumkan yang Muzzafar telah dilaporkan hilang sejak pagi Jumaat setelah membonceng motosikal seorang lelaki yang berpura-pura menawarkan bantuan di Jambatan  Pulau Pinang.

"Saya tak sangka pun naluri saya untuk membantu adik ini dapat membantu mengelakkan sebuah kes culik, tapi saya gembira dia kini selamat bersama keluarganya,"kata Saifullah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata tindakan segera Mohd Saifullah wajar dicontohi oleh masyarakat setempat dalam bersama membanteras cubaan kes jenayah. -CARI

11

Bagus
22

Marah
23

Terkejut
22

Sedih
24

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote applemy 31-10-2016 11:13 AM
Teringat masa ai form 2 tgh tunggu bas stop depan hock choon, ada mamat segak tapi serrem bawak beemer ajak tumpang keta dia.. mcm cita budak ni, kata kenal ayah kita.. ntah nape ai menolak sebab nak naik bas jugak.. sebab bas boleh turun ampang point gi merayau2 jap.. kwang2
Quote imthegirl 31-10-2016 11:26 AM
Ingat nelayan buat pusingan U masa bawak boat
Quote serinegara 31-10-2016 11:36 AM
applemy replied at 31-10-2016 11:13 AM
Teringat masa ai form 2 tgh tunggu bas stop depan hock choon, ada mamat segak tapi serrem bawak beem ...

I pun sama, tgh tunggu bas kat, kereta beemer merah datang, driver orang lelaki muda kata dia leh tolong hantar ke LRT station. I said no, tapi beriya mamat tu nak 'tolong'. Nasib baik selepas beberapa saat bas datang jua.
Quote kekwakuning 31-10-2016 11:37 AM
imthegirl replied at 31-10-2016 11:26 AM
Ingat nelayan buat pusingan U masa bawak boat

Aku pn dh terbayang scene culik kt laut, bdk atas bot  :  :  :
Quote applemy 31-10-2016 11:49 AM
serinegara replied at 31-10-2016 11:36 AM
I pun sama, tgh tunggu bas kat, kereta beemer merah datang, driver orang lelaki muda kata dia leh  ...

Bila fikir balik.. melepas merasa naik beemer sebab.. tak pernah naik beemer selama hidup ni.. isk
Quote oppol 31-10-2016 11:50 AM
Apa ke bangang tajuk dengan isi berita...
Ingatkan penculikan berlaku di tengah laut...:
Quote krustykrab 31-10-2016 11:56 AM
applemy replied at 31-10-2016 11:13 AM
Teringat masa ai form 2 tgh tunggu bas stop depan hock choon, ada mamat segak tapi serrem bawak beem ...

huiii nasib baik....kalau idak dah jadi ayam dah chuolls
Quote imthegirl 31-10-2016 11:56 AM
kekwakuning replied at 31-10-2016 11:37 AM
Aku pn dh terbayang scene culik kt laut, bdk atas bot  :  :  :

kan
motif beria cakap nelayan kat tajuk
Quote krustykrab 31-10-2016 11:57 AM
imthegirl replied at 31-10-2016 11:26 AM
Ingat nelayan buat pusingan U masa bawak boat

iolls pun ingat cenggitu jugak...dlm kepala dah imagine bot tu buat u-turn nak selamatkan adik ni dlm bot org jahat
Quote seri_mawr 31-10-2016 11:58 AM
imthegirl replied at 31-10-2016 11:26 AM
Ingat nelayan buat pusingan U masa bawak boat

sama lah kita...dalam hati...waaa hebat nelayan ni..tumpaskan penculik di laut....

sekali2...pusingan U atas jalan raya...

apapun syukur adik ni selamat...
Quote imthegirl 31-10-2016 11:58 AM
krustykrab replied at 31-10-2016 11:57 AM
iolls pun ingat cenggitu jugak...dlm kepala dah imagine bot tu buat u-turn nak selamatkan adik ni  ...

kan
macam Kapten Phillips

Quote krustykrab 31-10-2016 11:59 AM
oppol replied at 31-10-2016 11:50 AM
Apa ke bangang tajuk dengan isi berita...
Ingatkan penculikan berlaku di tengah laut...:

wartawan cari ni kebanyakan nya masa SPM, BM pun p7 kut
Quote imthegirl 31-10-2016 12:00 PM
seri_mawr replied at 31-10-2016 11:58 AM
sama lah kita...dalam hati...waaa hebat nelayan ni..tumpaskan penculik di laut....

sekali2...pu ...

kalau akak yang selamat kan adik tu tah apa ayat wartawan cari nak letak
Quote fish 31-10-2016 12:04 PM
adoii perlu ke bgtau 'nelayan' tu?
baca tajuk puas aku fikir kejadian culik dkt laut. bot buat u turn gitu. tp mcm tak logik pulak...
Quote ronapink 31-10-2016 12:05 PM
ingatkan beria-ia la nelayan ni melawan penculik..bertumbuk bersilat nak selamatkan budak ni

rupanya budak ni dok tercokoh kat situ ..


apa2 pun tahniah juga..selamat cara itu
Quote ajiqah 31-10-2016 12:11 PM
seri_mawr replied at 31-10-2016 11:58 AM
sama lah kita...dalam hati...waaa hebat nelayan ni..tumpaskan penculik di laut....

sekali2...pu ...

Excerpt berita:


"Menurutnya lagi, kanak-kanak itu berkata yang dia mengikut kawan ayahnya yang sama sekali tidak dikenali dan telah menginap di sebuah hotel pada malam sebelumnya."

Wonder what happened..

Quote matchstick 31-10-2016 12:14 PM
mcm dh kena culik dipulangkn balik je...ape dia buat kt hotel tu
Quote seri_mawr 31-10-2016 12:17 PM

ni aku nak fikir negative gak tadi....tapi cuba untuk ke arah yg apa aku dah fikir...
Quote nh83 31-10-2016 12:24 PM
arap bdk tu x diapa2xkan..seram sempat dok hotel semalaman!!
teringat kisah sahabat ,time darjah satu dtg lelaki kata kwn ayah jgk suh dtg ambik dia kt sek,cikgu pun bagila..lelaki tu bwk pe kubur cina n nk bunuh dia tapi lepas tgk muka budak2x tak bersalah..dia tak jadi bunuh..dia bwk gi pekan, tinggalkan kt situ ,berjalanla budak tu balik umah..alhamdulillah umur panjang..
hati2xlah semua..huhu

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.234725 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top