CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Berkenan Menziarahi Mangsa Kebakaran Hospital Di JB

25-10-2016 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 50526| Komen: 1302





Kemaskini 1530pm 

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi mangsa dan mendengar penjelasan daripada kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) susulan insiden kebakaran pagi tadi.

Baginda juga berkenan membenarkan pihak hospital mengunakan Wad Diraja di bangunan HSA sebelah timur untuk merawat pesakit.





Kemaskini 1400pm 

Perkembangan terkini, kejadian kebakaran telah mengakibatkan 6 orang pesakit ICU terkorban dan seorang berjaya diselamatkan namun seluruh badannya hampir 80 peratus telah dibakar api. 

Selain itu, tiga orang termasuk jururawat dan pelatih hospital dikatakan mengalami kesesakan nafas akibat tersedut asap yang berlebihan. Mereka dihantar ke Hospital Sultan ismail untuk rawatan selanjutnya. - CARI 





sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama


Kemaskini 12.10 tengahari 

Memetik laporan Bernama, jurucakap pihak bomba memaklumkan, kini operasi mencari telah ditamatkan dan mangsa yang terperangkap seramai 7 orang. 

6 mangsa yang disahkan maut terdiri daripada 4 wanita dan 2 lelaki manakala seorang lagi didapati masih hidup lagi, tambah jurucakap bomba.

Pesakit yang terlibat dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sedang dipindahkan dari Hospital Tunku Aminah ke Hospital Sultan Ismail.


sumber foto: Bernama

Kemaskini 11.41pagi 

Kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA),Ketua Pengarah Bomba dan penyelamat Johor Othman Abudllah mengesahkan 5 mangsa maut.

Manakala seorang lagi masih belum ditemukan.- CARI



sumber foto: Bernama

Menurut laporan Bernama, wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dilaporkan terbakar pagi tadi dan kejadian berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU).

Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.Anggota Jabatan Bomba Johor Jaya, Johor Bahru dan Tebrau berada di lokasi ketika ini bagi memadam kebakaran.

Semua pesakit telah diarahkan mengosongkan bangunan hospital berkenaan. Hingga kini tiada sebarang kes kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Semua pesakit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah diarahkan mengosongkan bangunan hospital berkenaan akibat kebakaran yang berlaku di wad kecemasan.

Berita Harian Online melaporkan dua mangsa terperangkap dalam kejadian itu. Pesakit-pesakit kini ditempatkan di khemah sementara di sekitar hospital itu.- CARI

sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama
sumber foto: Bernama

10

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 25-10-2016 10:44 AM
Ada kematian ke? Wad icu plak tu.
Quote fish 25-10-2016 10:44 AM
kesiannya.... mcmana pesakit nak selamatkan diri sendiri
semoga tiada kemalangan jiwa berlaku
Quote teha86 25-10-2016 10:45 AM
katanya ade kemalangan jiwa...
Quote MamaMima711 25-10-2016 10:46 AM
Kwn aku post katanya 7 maut trmask staff
Quote jlo 25-10-2016 10:47 AM
ya allah kesiannye
Quote teha86 25-10-2016 10:48 AM
[9:56AM, 10/25/2016] Sktbt Atiff: Pesakit icu yang pakai ventilator semua mati.. kesian..
[10:02AM, 10/25/2016] Sktbt Atiff: Bomba x dpt padam api. So terpaksa shut down semua. So yg guna bantuan pernafasan tu.. memang xdpt di selamatkan.
[10:04AM, 10/25/2016] Sktbt Atiff: Pt confirm tak boleh selamatkan dah kt dlm. Carbon monoxide terlalu tebal
[10:04AM, 10/25/2016] Sktbt Atiff: Pesakit icu terpaksa kena tinggal mati dlm tu


dapat dr wassap group... confirm ke ni??
Quote sheetRock 25-10-2016 10:49 AM
ader patient yg tak dapat diselamatkan..mostly yg dlm icu pakai ventilator ... dr sumber staff nurse... if betol..betol la...if tak betol..mintak maaf awal2..sbb byk info...
Quote kukulangau 25-10-2016 10:49 AM
MamaMima711 replied at 25-10-2016 10:46 AM
Kwn aku post katanya 7 maut trmask staff

Allahuakbar...
sapa orang jb pls share news here
Quote haryatie 25-10-2016 10:49 AM

dlm wasap da heboh kata sorang doc, nurse  dn juga pesakit ningal
betul kerrr...
Quote harkktuih 25-10-2016 10:50 AM
wassap dah bertebaran kata mati segala..tp takleh nk percaya sgt
Quote sheetRock 25-10-2016 10:50 AM
teha86 replied at 25-10-2016 10:48 AM
[9:56AM, 10/25/2016] Sktbt Atiff: Pesakit icu yang pakai ventilator semua mati.. kesian..
[10:02AM, ...

eh... aku pun dapat wasap group nih....
Quote teha86 25-10-2016 10:50 AM
[10/25, 10:17 AM] Abah 2: ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA

MAKLUMAN DARI PGO JOHOR

LAPORAN AWAL :  KEB HOSPITAL
ALAMAT : TINGKAT 2, WAD I.C.U SELATAN, HOSPITAL SULTANAH AMINAH
BALAI : BBP JOHOR BAHRU
KEANGGOTAAN : PBK II NAZRAN OMAR / 10 ANGGOTA
SIASATAN : SIASATAN NEGERI
PEGAWAI DI LOKASI : TPgB IBRAHIM OMAR
K.O.P BERTUGAS : PPgB ISMAIL ZAKARIYA

TERIMA PANGGILAN : 08:56:00
JENTERA KELUAR : 08:57:00
SAMPAI LOKASI : 09:05:00
OPERASI TERKAWAL :  
OPERASI MASIH DIJALANKAN

MAKLUMAT KEJADIAN : KEBAKARAN MELIBATKAN WAD I.C.U DI TINGKAT 2 BANGUNAN / MAKLUMAT AWAL, 2 MANGSA DIKHUATIRI TERPERANGKAP

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN PIHAK TUAN,
HARAP MAKLUM.

PGO JOHOR
[10/25, 10:17 AM] Abah 2: icu sayap selatan
[10/25, 10:17 AM] Abah 2: 7 meninggal, 3 staff terbakar
Quote teha86 25-10-2016 10:51 AM
sheetRock replied at 25-10-2016 10:50 AM
eh... aku pun dapat wasap group nih....

kan..tu yg nak confirmation..betul ke??
Quote sarukhan 25-10-2016 10:53 AM
wehhhhhhhhhhh takutnya dengar
Quote Siti_Mustaqim 25-10-2016 10:54 AM


Segala-galanya di atas kuasaMu Ya Allah...
Quote monreyes 25-10-2016 10:54 AM
kesian dah la kat icu...
waris x boleh tunggu..
otherwise boleh juga bantu2...
scary la...
Quote neo_5050 25-10-2016 10:55 AM
Kesiannya kat mereka yg terlibat.
Quote yusryimran 25-10-2016 10:55 AM
adui kesian sangat harap2 lah tiada kematian
Quote mamapea 25-10-2016 10:56 AM
kesiannya...kalau kena kt wad bersalin xtau la mcmana...harap2 semuanya selamat

Lihat semua komen(1302)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.220628 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top