CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Suspek Dera Kanak-Kanak OKU Ditahan Reman

21-10-2016 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5408| Komen: 30


Sumber Foto: waspada.co.id


Di Johor Bahru, Mahkamah Majistret di sini telah mengeluarkan perintah reman seminggu terhadap dua suspek yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU)  di Bukit Tekedai, Mersing.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri, bermula dari hari ini hingga 27 Oktober.

Kanak-kanak malang tersebut ditemui ibu mangsa di bilik air dalam keadaan terbaring  dengan tong air menghempap kakinya di bilik air pada 19 Oktober lepas.

Siasatan akan dilakukan ke atas ibu kandung dan abang kepada bapa tiri kanak-kanak tersebut. Seorang lagi suspek iaitu bapa tiri mangsa yang berusia sebelas tahun itu sudah direman di Majistret Kota Tinggi semalam.


Siasatan awal yang dilakukan di Klinik Kesihatan Endau sebelum ini menyatakan yang badan mangsa mempunyai kesan melepuh dipercayai berpunca dari cucuhan api rokok.

Laporan bedah siasat pula mendapati terdapat unsur penderaan dan membawa kepada penahanan ketiga-tiga suspek tersebut. -CARI
19

Bagus
43

Marah
15

Terkejut
24

Sedih
11

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (132 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HazeLJoseph 21-10-2016 02:40 PM
Ya Allah,kejamnya.. Selayaknya kena tangkap.. Rot in hell!!!
Quote gadogado 21-10-2016 02:48 PM
SIALllll :
Quote gadogado 21-10-2016 02:48 PM
SIALllll :
Quote ronapink 21-10-2016 02:59 PM
bodowww lar editor cari ni,

sampai perenggan last baru tau adik OKU ni dah meninggal dunia,,
Quote liyanur 21-10-2016 03:13 PM
konfius aku baca...
Quote Sakurahana 21-10-2016 03:16 PM
Seorang lagi suspek iaitu bapa tiri mangsa yang berusia sebelas tahun itu sudah direman di Majistret Kota Tinggi semalam.

Biar betul!!
Quote jazaa100 21-10-2016 03:23 PM
Baca kt harian metro lg teruk...

Dah ada kecederaan tu semua tapi kematian diklasifikasikn sbg mati mengejut......

Terkejut aku....
Quote nyanyan 21-10-2016 03:26 PM
puaslah hati korang yang mendera bila budak tu akhirnya mati   
Quote putriTS 21-10-2016 03:29 PM
Sakurahana replied at 21-10-2016 03:16 PM
Seorang lagi suspek iaitu bapa tiri mangsa yang berusia sebelas tahun itu sudah direman di Majistret ...

sepatutnya bapa tiri kepada mangsa, yang berumur sebelas tahun...mangsa tu sebelas tahun. aduhai berita ni....
Quote seri06 21-10-2016 03:31 PM
Bapak tiri umur 11thn ker?
Quote Sakurahana 21-10-2016 03:42 PM
putriTS replied at 21-10-2016 03:29 PM
sepatutnya bapa tiri kepada mangsa, yang berumur sebelas tahun...mangsa tu sebelas tahun. aduhai b ...

Pening sungguh bace berita ni. Dr awal sampai akhir tak jelas. Ke aku yg tak reti membaca?  Huhuhu..
Quote azimodin 21-10-2016 03:49 PM
Jilakanya... sian adik tu sampai kena cucuh dengan rokok, kena hempap lagi. Hati binantang betul la si pendera tu.

Apa citer adik firdaus yang dijumpai di rumah kosong tu ye? Harapnya sihat2 sekarang
Quote liyanur 21-10-2016 03:54 PM
azimodin replied at 21-10-2016 03:49 PM
Jilakanya... sian adik tu sampai kena cucuh dengan rokok, kena hempap lagi. Hati binantang betul la  ...

ko ni tertinggal betul...
ALLAH lbh sygkan dia...
Quote shernazz 21-10-2016 04:01 PM
azimodin replied at 21-10-2016 03:49 PM
Jilakanya... sian adik tu sampai kena cucuh dengan rokok, kena hempap lagi. Hati binantang betul la  ...

sudah meninggal dunia dikk




wartawan elok pegi kursus lah.
xpon pergi dok.gua

bahasa kalah keling
Quote azimodin 21-10-2016 04:05 PM
shernazz replied at 21-10-2016 08:01 AM
sudah meninggal dunia dikk

Ya Allah... Bulan berapa tu, ke masa tu iouls kehilangan access ternet sampai x terbaca kisah adik Firdaus tu. Yang I ingat x brapa lama lepas JKM jaga, ade keluar gambar dia yang berisi sikit. Semoga tenang di sana
Quote FanTasyCreaTioN 21-10-2016 04:19 PM
JOHOR BAHRU 21 Okt. - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap dua suspek yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) di Bukit Tekedai dekat Endau, Mersing, Rabu.

Perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 27 Oktober dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd. Shukri.

Ini bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dilakukan ke atas ibu kandung dan abang kepada bapa tiri (** mangsa yang berusia 11 tahun)kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

Semalam, seorang lagi suspek iaitu bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, turut direman di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

Perintah reman terhadapnya juga berkuat kuasa selama seminggu sehingga 26 Oktober ini.

Ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar Endau, Mersing pada 4 petang semalam, selepas laporan bedah siasat kanak-kanak itu mendapati ada unsur penderaan.

Pada 19 Oktober lalu, Mohamad Roshamnudin Abdullah didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibu mangsa.

Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau selepas dibawa ke klinik tersebut.

Namun, siasatan awal di Klinik Kesihatan Endau mendapati badan mangsa mempunyai kesan melepuh seperti terkena benda panas dipercayai api rokok. - BERNAMA


Quote nononcrux 21-10-2016 04:22 PM

ak pon .. umur 11 tahun tu suspect ke mangsa ?
Quote FanTasyCreaTioN 21-10-2016 04:25 PM


Johor Bahru: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan ibu dan bapa saudara tiri kanak-kanak orang kurang upaya (OKU), yang meninggal dunia dipercayai didera, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Oktober ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Faridatul Farrah Mohd Shukri selepas membenarkan permohonan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, seorang lagi suspek iaitu bapa tiri mangsa turut ditahan reman tujuh hari bermula sehingga 26 Oktober ini selepas mendapat perintah reman daripada Mahkamah Majistret Kota Tinggi, semalam.

Mohamad Roshammudin Abdullah, 11, disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Endau selepas dirujuk ke klinik berkenaan oleh ibu dan bapa tirinya sejurus ditemui dalam keadaan terbaring dengan kakinya terhempap tong air di dalam bilik air di Bukit Tekedai, Endau, 4.30 petang kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai didera selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan melepuh seperti kudis buta atau terkena objek panas seperti puntung rokok pada badan mangsa

Quote FanTasyCreaTioN 21-10-2016 04:26 PM
nononcrux replied at 21-10-2016 04:22 PM
ak pon  .. umur 11 tahun tu suspect ke mangsa ?
mangsa ........
mereput lah yang dera arwah ni

Mohamad Roshammudin Abdullah, 11, disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Endau selepas dirujuk ke klinik berkenaan oleh ibu dan bapa tirinya sejurus ditemui dalam keadaan terbaring dengan kakinya terhempap tong air di dalam bilik air di Bukit Tekedai, Endau, 4.30 petang kelmarin.



Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.048811 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top