Penatnya menjadi seorang wanita yang bekerjaya, mana nak urus hal kerja,anak-anak dan suami, kadang-kadang terasa beban pula sebab tak ada waktu untuk diri sendiri. Dalam sehari pasti terkejar-kejar membuat banyak perkara dalam memastikan keluarga dijaga dengan sempurna dan kerja pula digalas dengan baik. Bukan senang menjadi seorang wanita tau, tapi ada cara untuk memudahkan semuanya dengan mengikuti tips di bawah: 1. Tips kemas rumah Setiap kali lepas sahaja masak, jangan sesekali biarkan pinggan tidak bercuci sebab kalau tangguhkan kerja ia akan menambahkan lagi tekanan. Praktikkan amalan 'lepas guna, simpan.'
2. Tips membasuh dan menyidai pakaian Guna mesin basuh automatik memang senang dan semasa hari bekerja cuba biasakan diri mencuci baju selang dua hari sekali. Ini dapat mengurangkan beban anda untuk mencuci pada hujung minggu. 3. Tips seterika baju Kalau tak mahu rasa penat, seterika baju sambil tonton televisyen serta bergurau senda dengan anak-anak dan suami.Bagi baju yang susah untuk digosok, simpankan dalam peti ais dahulu untuk emnjadikan proses menggosok lebih senang. 4. Tips sediakan makanan Pastikan anda memproses bahan asas terlebih dahulu untuk memudahkan dan menjimatkan masa untuk memasak.Paling senang kisar cili siap-siap dan simpankannya dalam bekas. Begitu juga dengan bahan lain seperti sayur-sayuran perlu dipotong dahulu, ikan disiang dan ayam dipotong. Amalkan semuanya, pasti keluarga yang dibina akan kekal bahagia. Sebagai wanita bekerjaya, disiplin yang tinggi dan pengorbanan diperlukan bagi memastikan ikatan keluarga terjalin utuh. -CARI |
26
Bagus |
17
Marah |
18
Terkejut |
20
Sedih |
22
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT