CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dilema Bawa Bayi Semasa 'Winter'? Sekarang Tidak Lagi

18-10-2016 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3852| Komen: 1

Description: Seronoknya bercuti ke luar negara lagi-lagi bersama keluarga yang tersayang. Pergi ke luar negara pada musim sejuk memang menjadi impian ramai orang untuk merasakan sendiri pengalaman bermain salji.


Sumber Foto: Popsugar.com

Seronoknya bercuti ke luar negara lagi-lagi bersama keluarga yang tersayang. Pergi ke luar negara pada musim sejuk memang menjadi impian ramai orang untuk merasakan sendiri pengalaman bermain salji.

Sudah jemu dengan cuaca panas di Malaysia, sesekali mahu menikmati pemandangan sejuk di luar tapi bagaimana pula sekiranya ada anak yang masih bayi? Kesian melihat si kecil menahan kesejukan, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang menikmati salji turun.Dilema.

Jangan khuatir lagi sebab tips yang dikongsi oleh Dzulhaidy Abdul Rahim ini memang berguna dan boleh diikuti oleh ibu bapa.

1. Hadkan waktu di luar dan bawa bayi semasa cuaca cerah dan tidak berangin. Jangan terlalu seronok kerana suhu boleh turun dengan mendadak kerana cuaca buruk yang tidak menentu.

2.Biasakan bayi anda dengan cuaca sejuk perlahan-lahan. Badan orang dewasa pun boleh menjadi terkejut dan demam, ini pula kanak-kanak kecil.

Sumber Foto: Evehow.com
3.Pastikan anak kecil anda sentiasa minum air walaupun tak dahaga untuk memastikan badannya sentiasa dihidrasi kerana cuaca sejuk akan mengeringkan tubuh badan.

4. Sapukan vaseline dan 'sunblock' pada seluruh badan bayi untuk mengelakkan kulit kering. Takut sekiranya bayi mendapat 'frostbite' pada bahagian yang terdedah seperti muka. Sangat perit.

5.Pakaikan 'mask' pada bayi  untuk mengelakkan mereka dijangkiti dari selsema.

Lepas ni tak perlu risau lagi jika mahu membawa bayi kecil anda untuk melancong ke luar negara pada musim sejuk. Tips yang sangat mudah untuk diikuti dan pastinya menjamin kebahagiaan keluarga anda. -CARI
40

Bagus
35

Marah
35

Terkejut
40

Sedih
31

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (210 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 18-10-2016 02:01 PM
tips dah bagus..
cumanya lebih sesuai kat board pelancongan kot..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.156354 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top