"Baik viralkan yang ini, dapat pahala. Daripada viralkan nasi lemak Anak Dara, siap dijemput ke konti radio lagi. Usaha adik OKU ini lebih mulia yang ternyata tidak hanya mengejar populariti," ujar seorang netizen. Ini antara pendapat ikhlas netizen mengenai kecekalan Hairul Anuar berbakti kepada ibu tercinta. Dia bukanlah seorang selebriti yang dikenali ramai, malah mengalami masalah pendengaran. Namun pemuda OKU ini tabah dan teguh menabur bakti kepada ibunya.
Hairul Anuar menjadi Hero dan inspirasi ramai apabila namanya mula menjadi sebutan sejak statusnya dimuatnaik di akaun Facebook. Walaupun cacat deria, Hairul merupakan pelajar jurusan diploma Perakaunan yang sedikitpun tidak berasa malu untuk menjual set makan tengah hari demi menjaga ibunya yang lumpuh separuh akibat strok. "Saya OKU pekak dan educated person. Saya jual lunch box sebab jaga mak sakit strok separuh. "Saya memang nak cari kerja tetapi saya sedar tiada orang boleh jaga mak kerana saya anak tunggal. Jadi saya lupakan cita-cita saya demi menjaga mak seorang," kata Hairul yang sudah tiga tahuun menjaga ibunya yang sakit. Menurut Hairul yang pekak sejak lahir, ibunya pernah berniaga sebelum jatuh sakit. Namun sejak ibunya sakit, dia belajar memasak dari ibunya. Mengenai ideanya untuk menjual set makan tengah hari pula, dia mendapat ilham daripada netizen yang memberi idea mereka selepas dia kerap memuatnaik masakannya di Facebook. Kisah itu mendapat perhatian netizen yang berbangga dengan hasil dan usahanya serta mendoakan kejayaannya di dunia dan akhirat. Ramai yang suka dengan kerajinan anak muda itu selain menggemari sikap pemurahnya untuk berkongsi resepi. "Suka sangat pada anak muda ini. Dia rajin share resepi. Dia dah curi hati saya sejak pertama kali lagi saya terbaca kisahnya," tulis netizen Cik Alyah. "Rajin. Tapi janganlah ada yang kata perniagaan dia tak berlesen dan sebaginya. Kesian dia. Mudahan segalanya berjalan lancar," kata netizen. Kebanyakan netizen mengagumi ketabahan Hairul, malah ada yang menyuarakan bahawa kisah sebeginilah yang sepatutnya mendapat perhatian media dan diviralkan. "Tak nak tolong viralkan adik ini ke? Tak kan nasi lemak anak dara je nak promote. Buatlah promosi untuk adik ni pula," saran netizen, Milo Samat. Jika orang OKU pun sanggup berkorban dan ketepikan cita-cita demi ibu bercinta mana mungkin kita yang lengkap segala-galanya mengabaikan orang tua yang melahirkan dan menjaga kita sehingga berjaya. Semoga kisah ini menjadi teladan dan inspirasi kepada pembaca. - CARI
|
31
Bagus |
29
Marah |
21
Terkejut |
10
Sedih |
34
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
malukokram replied at 18-10-2016 11:16 AM
share lah skali detail adikni duk kat mana. jual lunch box macamane. ada jugak forumer yg takde fb k ...
naanie replied at 18-10-2016 09:09 PM
Takde detail cemana nak order khennn
ADVERTISEMENT