CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman Gantung Persekolahan Terhadap Pembuli- Mahdzir Khalid

17-10-2016 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4052| Komen: 16

Description: Susulan kejadian membuli di kalangan pelajar semakin kerap berlaku kebelakangan ini, kementerian pendidikan mencadangkan hukuman gantung persekolahan selama setahun untuk pelajar yang terbabit dengan ...

Susulan kejadian membuli di kalangan pelajar semakin kerap berlaku kebelakangan ini, kementerian pendidikan mencadangkan hukuman gantung persekolahan selama setahun untuk pelajar yang terbabit dengan kes buli yang serius.


Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hukuman gantung persekolahan masih di peringkat cadangan sahaja,  sekiranya diluluskan, pihak kementerian akan mula melaksanakannya pada Januari tahun depan. 

"Dalam tempoh sebulan ini, kita akan nilai setiap maklum balas daripada orang ramai. Jika tiada cadangan hukuman yang lebih baik daripada gantung persekolahan selama setahun, kita jangka akan laksanakan pada awal tahun depan." 

Beliau turut emnjelaskan,  setelah tamat tempoh penggantungan, pelajar terbabit tetap masih boleh menjalani ujian UPSR, PT3, PMR , STPM dan lain-lain peperiksaan utama anjuran pihak kerajaan. 

"Pembuli yang digantung itu akan dilibatkan dengan kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan dalam tempoh berkenaan sebagai syarat memulakan persekolahan semula. Demi masa depan pelajar, saya tidak setuju terus buang sekolah ke atas pelajar berkenaan."- CARI


sumber foto: internet


9

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 17-10-2016 10:04 AM
Gantung skolah, nanti dia tunggu plak mangsa tu kat luar skolah... dendam tak abih lagi kekdahnya...
Quote prettyuglybabe 17-10-2016 10:34 AM
masuk pusat pemulihan keluar jadi double jahat..
dah yang masuk sana pun semua jahat..
Quote capiloton 17-10-2016 10:42 AM
Edited by capiloton at 17-10-2016 10:44 AM

pondan punya hukuman. setakat gantung sekolah.
patut di buang sekolah. biar si pembuli ni masuk sekolah lain.
kalau ikut kan aku, blacklist bahalol ni semua di semua public school.
biar bahalol2 ni semua masuk private school, sekolah pondok, or kerja buruh kasar.
buang masa masuk sekolah henry gurney ni semua. spesis ni bukannya nak belajar pun.
elok wajib kan bahalol ni semua masuk askar, or penjara. baru ada akal.

bila hukuman dia berat, baru la kurang berlaku benda2 ni semua.
Quote gaara_X 17-10-2016 11:26 AM
sekolah pemulihan bukan menjadikan budak lebih jahat....kena betulkan persepsi tersebut...
Quote gaara_X 17-10-2016 11:26 AM


KUALA LUMPUR - Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan menggantung persekolahan selama setahun bagi pelajar yang membuli pelajar lain adalah tempoh terlalu panjang dan boleh menjurus kepada pelbagai implikasi.

Beliau sebaliknya mencadangkan tempoh penggantungan lebih pendek iaitu sekitar tiga bulan.

"Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan itu yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid baru-baru ini yang berkata tindakan tegas perlu dikenakan sebagai pengajaran terhadap pelajar yang membuli.

Mahdzir dilaporkan berkata isu buli sudah semakin serius dan perlu dibendung segera, dan cadangan penggantungan sekolah adalah langkah terbaik.

Lam Thye seterusnya berkata isu buli dalam kalangan pelajar sekolah bukan perkara baharu dan penggantungan sekolah selama setahun yang dicadangkan menurutnya satu jalan penyelesaian yang kurang berkesan.

"Kalau kita hendak tangani isu buli ini, penggantungan sekolah bukan satu penyelesaian. Saya rasa lebih penting untuk kita perkukuhkan tahap disiplin di sekolah pada setiap masa," katanya.

Beliau berkata pelajar yang cenderung melakukan tindakan buli perlu dikenal pasti supaya mereka dapat menjalani kaunseling khas.   

Lam Thye menegaskan pihak bertanggungjawab harus mengkaji punca masalah buli di sekolah dalam usaha menangani masalah yang semakin meruncing itu.

"Kalau kita hendak mengubati sesuatu penyakit (buli), kita mesti tahu tanda-tanda (simptom) atau puncanya. Jika punca tidak dapat kita atasi, kes buli ini tidak akan dapat kita selesaikan," katanya.- Bernama
Quote nolya 17-10-2016 12:03 PM
Menonton video buli oleh anak2 sekolah  memng mengerikan, mcm tak ada belas kasihan.
Berani sungguh menghentak mangsa dgn kerusi dan ditumbuk bertubi2.  Kawan2 sekeliling nengok aje tak buat ape2.  Herannya kenapa tak ada yg nak segera mengadu kpd guru supaya kejadian trs dpt dihentikan.  Seronok lagi ambil video.
Seharusnya pembuli2 trs yg berani bertindak kasar mcm samseng memang patut dirotan di hdpn guru besar, guru disiplin, di saksikan oleh ibubapa dn juga pihak mangsa.  Kalau guru takut nak sebat, suruh makbapak budak tu sebat sendiri.  Sebatnya di kaki (yg menendang) dan di tangan (yg menumbuk).  Whatever, something has to be done.
Quote relaxjek 17-10-2016 12:23 PM
asingkan je.. masuk kan kat sekolah pemulihan.. biar polis jaga/latih diaorg.. toksah gantung2 sekolah.. bergasak laa korang dlm tu.. sekolah biasa utk budak2 baik dan yg nak belajar.. yg jahat2 ganggu org ni.. asingkan je.. supaya tak ganggu pembelajaran org lain..2-3 org kena yg lain serik laa or takut nak buat jahat..yang penting guru besar dan sekolah kena telus..

wallahu'alam..
Quote unhas 17-10-2016 01:45 PM
Belajar martial arts@bela diri dari kecik akan sangat membantu. Selain dari anak2 kau boleh hadap pembuli, diorang jugak akan ade disiplin untuk tidak jadi pembuli.
P/s- cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Bagus sebenarnye belajar bergocoh dari kecik ni. Disiplin
Quote callance 17-10-2016 01:50 PM
budak pembuli tu mst la budak bermasalah yg mmg x suke p skolah. bila kene gantung, syok sgt la dia...
Quote -electrifying- 17-10-2016 02:02 PM
bg bdk tu pjak balik la, setel...
Quote HazeLJoseph 19-10-2016 01:38 PM
Jadi.. Dah ada hukuman.. Selesai masalah lah ehh
Quote white_musk 19-10-2016 01:42 PM
anggota APM pprt anak haram bila nak buang dari perkhismatan??
Quote zie_indah 22-10-2016 11:54 PM
...g sekolah soh blaja bukan buli.kawan...
Quote ~boolean 23-10-2016 12:35 AM
"Dalam masa (penggantungan) setahun ini apa yang akan berlaku kepada pelajar berkenaan? Siapa yang akan bertanggungjawab menjaga mereka?

"Saya rasa hal ini tentu akan menyusahkan ibu bapa serta mendatangkan implikasi kepada pelbagai pihak lain termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa," katanya kepada Bernama.


baghal..
tanggungjawab kasi kat ibu bapa balik lah.. dah anak mereka..
anak macam setan, takkan kau harap cikgu pula nak asuh?
menyusahkan pihak sekolah dan murid2 nak kena hadap setan di sekolah...
Quote ronapink 23-10-2016 12:50 AM
menteri cakap bolakbalik...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.125949 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top