Tiada sebab melucutkan kelayakan panel 5 hakim daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan liwat dalam cubaan terakhirnya dibebaskan dari penjara. Demikian keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutaun berhubung permohonan tersebut yang dikemukakan oleh peguam bekas ketua pembangkang itu pada Rabu, 12 Oktober 2016, sepertimana yang dilaporkan oleh FMT. Ini kerana mereka adalah hakim sama yang menolak permohonan Anwar pada 24 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof memberi bukti tambahan bagi kes liwat itu. Difahamkan ratusan orang berkumpul di luar Mahkamah Persekutuan bagi memberi sokongan cubaan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini.
Panel 5 hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin serta Tan Sri Zaharah Ibrahim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin. Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, memohon untuk mengetepikan keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mendapati dia bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. Barisan peguambela Anwar diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal serta Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin. Peguam Anwar dijangka menggunakan Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk semakan semula keputusan panel 5 hakim, dan akan dibenarkan mendengar semula rayuannya.- CARI |
5
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vender replied at 12-10-2016 03:29 PM
Gila kau nak bg dia keluar..habis pru nanti..
ADVERTISEMENT