Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine. Bernama melaporkan, rumusan itu telah diumumkan oleh kumpulan penyiasat antarabangsa diketuai Belanda pada sidang media di Nieuwegein, Belanda kelmarin waktu Malaysia. Menurut Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Pusat Belanda, Wilbert Paulissen, sistem pertahanan peluru berpandu Buk itu kemudian diangkut balik ke Rusia selepas MH17 ditembak jatuh, mengorbankan kesemua orang yang berada dalam pesawat. Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.
Pesawat Boeing B777 itu, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan membawa 298 penumpang termasuk anak kapal, apabila ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014. Terdapat 193 penumpang warga Belanda dan 44 warga Malaysia dalam pesawat malang itu. Identiti kesemua mangsa warga Malaysia telah dikenal pasti.- CARI |
23
Bagus |
18
Marah |
17
Terkejut |
19
Sedih |
29
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fishcracker replied at 29-9-2016 06:27 AM
keep on pointing finger to infinity n beyond :zz
ADVERTISEMENT