Oleh : Ts LOO Kalau berdiri antara mereka yang bermain bola keranjang, pastinya akan terasa seperti berada di kelompok manusia gergasi kerana semuanya tinggi-tinggi belaka. Di Amerika Syarikat terdapat seorang budak lelaki yang dipercayai menghidap sejenis penyakit pelik yang membolehkan dirinya semakin hari semakin 'tumbuh' tinggi. Walaupun kini umurnya baru 19 tahun, tetapi dia telah mencapai ketinggian 2.3 meters, dan memiliki peluang memecah rekod dunia Guiness menjadi lelaki tertinggi di dunia. Broc Brown seorang anak muda Amerika yang tinggal di Michigan, pada umur lima tahun ketika belajar di kelas tadika, ketinggiannya telah mencecah 1.58 meter, seperti seorang pelajar sekolah menengah. Kemudian, dia disahkan menghidap penyakit yang dipanggil Sotos Syndrome, tahun pertama selepas dilahirkan, dia telah mengalami pembesaran tubuh yang luar bisa dan pertumbuhan yang agak lambat. Ketika itu, menurut doktor dia berkemungkinan memiliki jangka hayat yang pendek. Walaupun jantung, tulang belakang, buah pinggangnya semua ada masalah, tetapi dia tetap optimis dengan harapan dia akan mempunyai 'panjang umur'. Kini Brown membesar dengan kadar tumbesaran kira-kira 15 cm untuk setiap tahun, dipercayai dalam masa terdekat ini dia akan berjaya memecah rekod ketinggian lelaki Turki iaitu 2.49 meter dan memperoleh rekod dunia sebagai lelaki tertinggi dunia. - CARI sumber info: www.foxnews.com
|
11
Bagus |
17
Marah |
21
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT