CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 12 Bulan Maut Lemas Dalam Kereta Akibat Kecuaian Ibu Bapa

14-9-2016 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5834| Komen: 23

Description: Tanpa disangka-sangkakan, suaminya tidak sedar langsung bayi berkenaan berada di bahagian belakang kenderaan dan terus memandu keretanya ke pejabat di Pekan Saleng.
Oleh : TS LOO


sumber foto: www.kwongwah.com.my & assets.bharian.com.my


Disyaki akibat kecuaian ibu bapa, seorang bayi perempuan Cina berusia 12 bulan dipercayai lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya kelmarin.

Kejadian yang cukup tragik itu berlaku di  Bandar Putra, Kulai. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berdasarkan laporan polis dibuat bapa bayi itu pada 9.30 pagi, isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka 

Tanpa disangka-sangkakan, suaminya tidak sedar langsung bayi berkenaan berada di bahagian belakang kenderaan dan terus memandu keretanya ke pejabat di Pekan Saleng.


Selepas 5 jam kemudian, selepas menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya yang bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya, barulah sedar anaknya telah maut akibat lemas di belakang keretanya.

Ketika kejadian, walaupun bapa mangsa segera menghantar bayi berkenaan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) untuk rawatan kecemasan, tetapi segalanya sudah terlambat, bayi itu sudah disahkan meninggal dunia.

Selepas kejadian, ibu kepada mangsa memarahi diri sambil berkata, " kalau tingkap kereta dibuka, anak pastinya selamat", keadaan kelihatan amat menyedihkan.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001, tambah Superintendan Razak.- CARI




sumber berita : http://www.hmetro.com.my/
12

Bagus
18

Marah
23

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote martiena 14-9-2016 05:25 PM
Maaf ckp la.. Susah nk terima kalau parents lupa bawak anak skali...
Apapun takziah.. Mohon yg lain ambil iktobar.. Peringatan utk iols jua
Quote Greenbutterfly 14-9-2016 07:35 PM
Emm..kesian,sebaya anak i..
Quote gosipgels 14-9-2016 08:26 PM
Aku pun kdg g keja duk fkir adik aku ni aku da hntr ngasuh lom.. Kesian la budak tu.. Mcm mana bole lupaa..
Quote cheefong33 14-9-2016 09:22 PM
sedih sgt tengok news macam ni
Quote hanisbunny 14-9-2016 09:44 PM
uwaaaaa... sedihnye
Quote tsuza 15-9-2016 08:14 AM
camne laa boleh cuai..aduhai..sygnye anak..
Quote beautifulliar 15-9-2016 08:25 AM
Wartawan cari ni memang pemalas tahap sloth merangkak

Pemalas nk merangkak cari benang yg dh ada

Tu yg asik dibukanye benang same
Quote baby37 15-9-2016 09:15 AM
Mungkin lepas ni kena buat undang2 letak baby chair di sebelah driver seat untuk mengelakkan parents lupa anak di belakang. Takyah duduk laki bini di depan.
Quote cirkish 15-9-2016 09:53 AM
Peringatan & pengajaran buat semua. kene igt selalu, sebelum keluar kereta tu usha tempat letak blakang utk double check ade barang tinggal ke, 'orang' tinggal ke.

bukan susah pon. kereta pon bukan nye luas mcm rumah.
Quote epullipan 15-9-2016 11:33 AM
sedihnya..semoga jadi pengajaran pada yg laen dan tidak berulang lagi
Quote amylopectin 15-9-2016 03:49 PM
Alahaii..kenapa la jadi mcm ni..siannye baby tu
Quote trisnalovezul 15-9-2016 04:25 PM
kasian...turut berdukacita
Quote Sang_Potret 16-9-2016 04:47 AM
Apabila Allah tarik salah 1 nikmat iaitu lupa ingatan walaupun dalam masa beberapa saat saja mcm2 boleh jadi...AllahuAkbar
Quote akakmasihvogue 16-9-2016 05:15 AM
Ini bukan kejadian pertama...sebelum ni pun ader kes serupa cam nih...tak perasan anak tido kat belakang...
Quote cik_tonggek 16-9-2016 07:44 AM
Edited by cik_tonggek at 16-9-2016 07:47 AM
baby37 replied at 15-9-2016 09:15 AM
Mungkin lepas ni kena buat undang2 letak baby chair di sebelah driver seat untuk mengelakkan parents ...


Ko dah gile ke ape dik nak suruh baby seat pasang kat sebelah driver

Kalo berlaku hentakan yg mengakibatkan airbag terbuka, benda tu aje dah boleh membunuh anak yg diletakkan kat seat depan ko tau tak :

Ni semua masalah parenting kenapa bini yg letak anak dlm keta, laki boleh lupa
Urus anak ni mesti rutin bini dia sampai dia boleh tak ingat nak hantar anak sendiri
Kenape urus anak ni jadi rutin bini je, padahal sama2 ngesek nak dpt anak khennnn
Quote merah_arjuna 16-9-2016 08:30 AM
kesiannya...menangis sampai mati...
Quote Manjahati 16-9-2016 10:43 AM
Sedih betul baca berita kecuaian yg mcm ni... Pengajaran untuk semua..
Quote poison_paradise 16-9-2016 12:11 PM
nk ngata..takut berbalik diri sendiri...semoga jd pengajaran
Quote DaengKuAya 17-9-2016 08:56 AM
macam tak logik lak abah die lupa anak kat blkg. takkan budak tu bisu kot takde bunyik. i is musykil

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051767 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top