Oleh : Dean BZ Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani telah mengisytiharkan keluar parti pada pagi tadi. Menurut laporan Astro Awani, Bekas Ketua UMNO bahagian itu berbuat demikian dipercayai kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. Selepas membuat pengumuman itu, beliau meninggalkan mesyuarat itu. Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohamad Khairi A.Malik berkata Baharom memaklumkan perkara berkenaan kira-kira jam 9 pagi ketika mempengerusikan mesyuarat perwakilan bahagian di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).
Ia adalah satu tindakan yang diluar jangkaan kerana Baharom pernah memaklumkan akan terus berjuang dalam parti, ujarnya. Bagaimanapun, UMNO Bahagian Gelang Patah akur dan menerima keputusan beliau. Kita mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangannya selama ini, katanya lagi. Baharom adalah antara individu yang menubuhkan UMNO bahagian Gelang Patah pada 1994 ketika menjadi ketua penaja. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kupang pada 1995 hingga 2004 Memetik laporan Free Malaysia Today, difahamkan Baharom ialah salah seorang daripada kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. - CARI |
7
Bagus |
10
Marah |
15
Terkejut |
12
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hanisbunny replied at 10-9-2016 06:11 PM
so sape je tggl dlm umno?? hantu..??
kecimpret replied at 10-9-2016 05:35 PM
Bodo bongok je tgl dlm umno
PristineOne replied at 10-9-2016 04:01 PM
Steady dia ni..ada SOP.. chair meeting dulu...abis minit mesorat baru declare kater keluar ...
ADVERTISEMENT