Bekas Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, DATUK Baharom Abdul Ghani
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani telah mengisytiharkan keluar parti pada pagi tadi.
Menurut laporan Astro Awani, Bekas Ketua UMNO bahagian itu berbuat demikian dipercayai kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu. Selepas membuat pengumuman itu, beliau meninggalkan mesyuarat itu.
Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohamad Khairi A.Malik berkata Baharom memaklumkan perkara berkenaan kira-kira jam 9 pagi ketika mempengerusikan mesyuarat perwakilan bahagian di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).
Ia adalah satu tindakan yang diluar jangkaan kerana Baharom pernah memaklumkan akan terus berjuang dalam parti, ujarnya.
Bagaimanapun, UMNO Bahagian Gelang Patah akur dan menerima keputusan beliau. Kita mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangannya selama ini, katanya lagi.
Baharom adalah antara individu yang menubuhkan UMNO bahagian Gelang Patah pada 1994 ketika menjadi ketua penaja. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kupang pada 1995 hingga 2004
Memetik laporan Free Malaysia Today, difahamkan Baharom ialah salah seorang daripada kumpulan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mendesak Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan. - CARI
antara ciri2 kepimpinan yg boleh dipuji.
selesaikan mesyuarat rasmi dulu, kemudian baru
umum hasrat peribadi.
teringat ex-menteri kesihatan dulu.
chua jui meng.
isytihar keluar tanpa desak ahli bawahan ikut jejak.
dorang nak ikut keluar biar betul2 kerelaan diri dan
bukan terpaksa.
Post time 12-9-2016 11:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Perpecahan di dalam PAS adalah angkara Jibun dengan taktik pecah dan perintah...
Perpecahan di dalam UMNO adalah angkara Jibun akibat kegagalan memerintah parti sendiri...