Oleh : TS LOO Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melancarkan kapal angkasa pertama yang dibina khusus untuk mengutip habuk dengan mengelilingi matahari (asteriod) dan kembali dengan sampel ke bumi hari ini. Kapal angkasa kawalan jauh itu yang dinamakan OSIRIS-REx itu dilancarkan tepat jam 7.05 malam (2305 GMT) waktu Amerika Syarikat dari Cape Canaveral, Florida. Pelancaran roket Atlas V yang membawa kapal angkasa berkenaan disaksikan lebih 8,000 orang penonton. Menurut NASA, pendedahan perkara sebenar sistem solar merupakan tujuan utama misi yang mengambil masa selama tujuh tahun itu.
Dengan kos pembinaan berjumlah AS$800 juta, kapal angkasa tersebut kini dalam perjalanan menuju Bennu, cakerawala berhampiran bumi yang saiznya seperti gunung kecil. Bennu dipilih dari kira-kira 500,000 asteroid dalam sistem solar kerana laluan orbitnya berdekatan dengan bumi yang mengelilingi matahari yang dianggap saiz yang tepat untuk penyelidikan sains serta satu daripada asteroid tertua yang dikenali NASA. Matlamat utama misi OSIRIS-REx ialah mengumpulkan habuk dan serpihan dari permukaan asteriod pada tahun 2020, dan kembali ke bumi pada tahun 2023 untuk penyelidikan lebih mendalam.- CARI sumber info: www.telegraph.co.uk
|
20
Bagus |
30
Marah |
29
Terkejut |
21
Sedih |
37
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mrskacik replied at 9-9-2016 09:12 AM
wow... 2016 launch, 2020 baru sampai destination, 2023 baru sampai bumi balik... hopefully nothing h ...
gigahertz replied at 10-9-2016 12:06 AM
ada teori mengatakan manusia kalau duduk di angkasa lepas dan kembali ke bumi akan jadi tua kerana ...
mrskacik replied at 10-9-2016 01:08 AM
memang ai ada dengar teori pasal penuaan dlm angkasa lepas... tapi yang ai dengar macam dalam movi ...
ADVERTISEMENT