Oleh Izzah Abbasy
Bermula pagi hari ini Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara berjalan lancar termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Bario, Sarawak yang terbakar semalam. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata peperiksaan yang bermula jam 8 pagi tadi membabitkan seramai 452,721 calon. "Saya lihat persediaan UPSR di pedalaman adalah baik dan mudah-mudahan berjalan lancar sepanjang minggu ini. Cuma, kita agak terkejut bangunan SK Bario termasuk tempat peperiksaan yang terbakar, petang semalam" katanya. Peperiksaan UPSR sudah bermula 1 September lalu bagi calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Daripada jumlah itu, seramai 443,677 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 bagi calon swasta. Kertas pertama bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK) bermula jam 8.15 pagi untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan akan berakhir pada 8 September ini. - CARI Sumber : BH Online
|
20
Bagus |
27
Marah |
14
Terkejut |
31
Sedih |
18
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hambaallah1709 replied at 5-9-2016 09:38 AM
good luck yang...
doakan untuk murid2 saya yer..
calon upsr tahun ni 20 orang...
Artemesiaa replied at 5-9-2016 05:24 PM
Rasanya mak pak yang lagi cemas dari anaknya yang ambik exam maklum le expection tinggi sangat
cap_ayam replied at 5-9-2016 05:29 PM
Ye .. Kalau dapat straight As baru syok post kat fb
ADVERTISEMENT