Oleh : TS LOO Inilah 'bukti' yang diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail ketika pertemuan mereka di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru 26 Ogos lalu. Khairy mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai menjalankan siasatan, hasil siasatan dan isi kandungannya dikemukakan secara terbuka, ini kerana bagi Khiary, kes tersebut membabitkan kepentingan orang ramai. Khairy turut beritahu, SPRM telah minta beri lebih masa untuk menjalankan siasatan, barulah mengambil keputusan samada ada tak keperluan untuk mengemukakan kandungan siasatan yang berkaitan.
"Tujuan saya berikan 'barang ini' kepada SPRM adalah kerana merekalah unit yang bertanggungjawab dalam penyiasatan kes rasuah, kemudian baru biar mereka yang mengumumkan, samada Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM benar bermasalah atau pun tidak." Tambahnya, dirinya telah meneliti isi kandungan laporan tersebut sepanjang seminggu yang lalu. Jadi jika SPRM berpendapat ada keperluan memanggil dia untuk soal siasat, dia akan beri kerjasama sepenuhnya. Walau bagaimana pun, Khairy berharap pihak SPRM dapat mengesahkan bahawa 'pendrive' berkenaan tidak diubahsuai kandungannya oleh mana-mana pihak.- CARI |
alesandra replied at 2-9-2016 07:32 PM
drama je lebih.....
cik_tonggek replied at 2-9-2016 07:57 PM
Khennnnz
Cer ada nama heshe dlm pendrive tuh, harus jawapannye pendrive tetinggal kat bilik hotel ...
giyomi replied at 2-9-2016 09:08 PM
Mgkn I tertinggal tongkang, mana g kes yg membabitkan rasuah kementerian dia tu ek...apa verdit nya
ADVERTISEMENT