CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Selangor nikahi Norashikin Abdul Rahman, Pembaca Berita RTM

2-9-2016 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 67014| Komen: 311

Oleh : TS LOO


sumber foto: http://www.nettyroyal.nl/



Ketika rakyat Malaysia sedang menyambut hari kemerdekaan iaitu pada 31hb Ogos, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Norashikin Abdul Rahman, sekaligus menjadi isteri yang ketiga. 

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menyatakan majlis pernikahan ini diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Pasangan pengantin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid . 

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Imam Paduka Tuan Mohd Rasid Mahful; bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Sallehuddin Saidin dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.


Norashikin yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Sebelum ini beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pada tahun 1968, baginda berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 (berpisah pada 1997) dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil perkahwinan tersebut.- CARI




sumber berita : http://www.sinarharian.com.my/



18

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuliana29 2-9-2016 11:24 AM
wah... kalau betul, selamat pengantin merdeka tuanku...
Quote insulin 2-9-2016 11:25 AM
Tahniah.....
Quote KINGOZAWA 2-9-2016 11:25 AM
Tahniah tuanku... lama menyepi kini beristeri semoga lepasnie berseri2 lah muka tuanku...

sultan kelantan bila lagi...?
Quote slavehunter 2-9-2016 11:25 AM
Tepek pic pengantin pompuan Norashikin ni pembaca berita TV1 ker TV3?
Quote duyong95 2-9-2016 11:26 AM
yg selalu bawak motor besor tu ke? kiki ke hapa nama ntah
Quote mesmerize 2-9-2016 11:26 AM
oh rasanya macam kenal norashikin tu.. lawa orangnya
Quote Modngengade 2-9-2016 11:27 AM
yg ni ker

Quote ad_hoc79 2-9-2016 11:27 AM
pembaca berita tv1 tu ke?
kalau yg tu, aku suka gak dengar dia kalau bercakap atau baca berita
Quote diizzzek 2-9-2016 11:27 AM





Quote mesmerize 2-9-2016 11:28 AM
Edited by mesmerize at 2-9-2016 11:29 AM

oh sheols ni janda anak dua. ex husband pilot etihad.





Quote ad_hoc79 2-9-2016 11:28 AM
rasanye betul tu... sbb umurnya 45
Quote Adelisa 2-9-2016 11:28 AM
Tahniah tuanku..ade queen dh selangor lepas ni
Quote KINGOZAWA 2-9-2016 11:29 AM

lawo dah.. tak yah botox2 taw..
Quote Siti_Mustaqim 2-9-2016 11:30 AM
Lawa..umor 45..nampak muda......Ampun tuanku..
Quote altimi 2-9-2016 11:30 AM
http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... ga&pg=ke_04.htm


Memerhatikan anak-anak yang leka bermain game dengan komputer riba masing-masing.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 4.htm#ixzz4J48bvUDJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

ARKIB : 19/11/2011
Setia walau berjauhan
Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar WAHIDIN SALIM

Memerhatikan anak-anak yang leka bermain game dengan komputer riba masing-masing.

RUMAH TANGGA yang dibina tanpa adanya sifat saling percaya mempercayai di antara satu sama lain tidak akan membawa kepada kebahagiaan. Sebagai suami atau isteri, seseorang itu harus mempercayai pasangannya bagi mengelakkan timbulnya perselisihan faham.

Banyak perselisihan faham yang kecil boleh merebak menjadi hangat jika hati sentiasa dibakar dengan sikap cemburu.

Bagi suami atau isteri, jangan terlalu mengongkong pasangan kerana ini boleh menyebabkan timbulnya kebosanan dan muak dengan perangai pasangan.

Kadang-kadang pasangan kita memerlukan ruang untuk dirinya sendiri, begitu juga dengan diri kita. Justeru kita harus menghormati perasaan dan memahami pasangan kita.

Inilah pegangan dan prinsip yang diamalkan oleh pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman, 40, dan suaminya, Mustapha Kamal Halim, 48, yang bertugas sebagai seorang juruterbang dengan Etihad Airlines, Abu Dhabi.

Norashikin dan Mustapha Kamal cukup bersyukur kerana rumah tangga yang dibina selama 13 tahun tetap bahagia sehingga ke hari ini tanpa diuji dengan masalah atau perselisihan faham.

"Kami berkawan lama sebelum berkahwin iaitu lapan tahun tetapi hubungan kami tidaklah serius, setakat kawan biasa sahaja. Hubungan kami cuma rapat setahun sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga," ujar Norashikin yang ditemui di banglo yang baru tiga bulan didiami di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun pertemuan hari itu tidak dapat disertai oleh Mustapha Kamal kerana sehari sebelum itu beliau perlu kembali bertugas ke Abu Dhabi. Namun sebelum pertemuan tersebut, penulis sempat menitipkan beberapa soalan kepada beliau mengenai rumah tangganya.

Menurut Mustapha Kamal, baik dirinya mahupun Norashikin mempunyai perangai yang sama, iaitu amat memahami, tidak cemburu buta dan tidak mengongkong.

"Susah jika isteri yang terlalu cemburu dan mengongkong kerana kita tidak akan dapat bekerja dengan tenang dan fikiran akan terganggu lebih-lebih lagi bagi kami yang memang berjauhan kerana saya di Abu Dhabi dan isteri di sini.

"Saya benarkan dia bekerja kerana sekurang-kurangnya dia tidak bosan dengan ketiadaan saya. Dalam masa yang sama, saya tahu dia boleh menjaga diri sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak kami, Nur Amanda, 12, dan Adam Salleh, sembilan tahun," kata Mustapha Kamal yang telah enam tahun bertugas di Abu Dhabi.

Sementara itu, kata Norashikin yang juga bekas pramugari MAS, apabila berjauhan, sifat cemburu memang mengganggu fikirannya namun apabila difikirkan dengan waras, dia tidak mahu memperbesarkan perkara remeh-temeh yang boleh mencetuskan pergaduhan.

"Saya tidak suka berprasangka. Asalkan dia baik, tidak mengabaikan tanggungjawabnya dan melayan kami dengan baik, itu sudah cukup bagi saya. Saya tidak mahu benda-benda kecil diperbesarkan kerana ini boleh menjadi punca kepada keretakan rumah tangga.

"Masa mula-mula dia pindah ke sana dulu, terasa susah juga hendak menyesuaikan diri tanpa suami. Namun setelah enam bulan segalanya kembali seperti biasa.

"Bila tidak bertugas, saya sendiri akan menghantar anak-anak ke sekolah di Sekolah Sri Tenby, Setia Alam dan jika ada masa lapang di waktu pagi, saya akan berjogging di kawasan rumah," jelas wanita yang tinggi lampai dan masih jelita ini.

Selain bertugas secara sambilan sebagai pembaca berita, Norashikin turut aktif sebagai pengacara di majlis-majlis.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 4.htm#ixzz4J48DmVNd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote hambaallah1709 2-9-2016 11:30 AM
wah tahniah..dah tak baca berita lah lepasni ke?...
dia selalu baca berita ptg2..jam 5 tv1..
i like dengar suara dia...
Quote slavehunter 2-9-2016 11:31 AM
diizzzek replied at 2-9-2016 11:27 AM

Eh dia ker.....dia ni ex pramugari dulu ler dah cerai gak dgn laki pilot nye ker.....laki kerja dubai dulu katanye balik sebulan sekali.....
Quote Nadzfizz 2-9-2016 11:31 AM
Tahniah tuanku semoga kekal sampai jannah ....
Quote kokocrunch 2-9-2016 11:31 AM
Tahniah tuanku..

Lihat semua komen(311)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041019 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top