CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor Beku Aktiviti Di Rezab Sungai

5-9-2013 06:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6557| Komen: 2

Description: Shah Alam: Bagi Mengelakkan Kejadian Pencemaran Sungai Sehingga Menjejaskan Bekalan Air Bersih Di Negeri Ini, Kerajaan Negeri Selangor Mengambil Keputusan Membekukan Semua Aktiviti Di Rezab Sungai ...
Selangor beku aktiviti di rezab sungai


SHAH ALAM: Bagi mengelakkan kejadian pencemaran sungai  sehingga menjejaskan bekalan air bersih di negeri ini, Kerajaan Negeri  Selangor mengambil keputusan membekukan semua aktiviti di rezab sungai  negeri itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan media  semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan  negeri memandang serius kejadian pencemaran diesel di Sungai Selangor  yang menyebabkan Loji Sungai Selangor  1, 2 dan 3 serta Loji Rantau  Panjang dihentikan tugas untuk sementara.

"Kejadian ini telah  menyusahkan rakyat terutama mereka yang berkeluarga apabila bekalan air  terputus di beberapa daerah di Selangor.

"Bagi memastikan kejadian  sebegini tidak berulang, kerajaan negeri telah mengarahkan semua pihak  berkuasa tempatan membekukan semua permohonan menjalankan sebarang  bentuk aktiviti di kawasan rezab sungai berkuatkuasa serta merta," ujar  beliau.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan ( PBT) juga diarah  menjalankan kerja-kerja pemantauan semua aktiviti di kawasan rezab  sungai terutama aktiviti tidak berlesen.

Kerajaan negeri, tegasnya  berpendapat penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di negara ini  perlu dipertingkatkan memandangkan kes-kes pencemaran yang disebabkan  kecuaian semakin kerap berlaku.

"Justeru, kita menyarankan  kerajaan Pusat khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar  menguatkuasakan prinsip pencemar membayar dalam Akta Kualiti Alam  Sekeliling 1974  di mana kos kerosakan dan kos membaiki kerosakan akibat  pencemaran itu ditanggung sepenuhnya oleh individu atau syarikat yang  menyebabkan pencemaran berlaku," saran beliau.

Jelas Khalid,  kerajaan negeri bersama agensi kerajaan seperti Lembaga Urus Air  Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar serta semua PBT di Selangor akan  terus bekerjasama untuk memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan  kes-kes pencemaran sungai dapat dielakkan agar tidak berlaku gangguan  bekalan air yang menyusahkan rakyat.


8

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 5-9-2013 05:03 PM
"Justeru, kita menyarankan  kerajaan Pusat khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar  menguatkuasakan prinsip pencemar membayar dalam Akta Kualiti Alam  Sekeliling 1974  di mana kos kerosakan dan kos membaiki kerosakan akibat  pencemaran itu ditanggung sepenuhnya oleh individu atau syarikat yang  menyebabkan pencemaran berlaku," saran beliau.

undang2 yang ada ...jadi udang ...sembunyik ...
Quote leylapple 5-9-2013 05:35 PM
"Justeru, kita menyarankan  kerajaan Pusat khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar  menguatkuasakan prinsip pencemar membayar dalam Akta Kualiti Alam  Sekeliling 1974  di mana kos kerosakan dan kos membaiki kerosakan akibat  pencemaran itu ditanggung sepenuhnya oleh individu atau syarikat yang  menyebabkan pencemaran berlaku," saran beliau.

i nak like byk2 kat statement nie...

buat kementerian byk2..tapi satu pun tak berfungsi seperti dalam client charter...


ngabis boreh jo kojo eh

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041249 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top