CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Selangor beri bonus lagi

2-7-2013 12:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5109| Komen: 19

Description: SHAH ALAM- Kerajaan negeri bakal memberi bonus kepada kakitangan pusat khidmat Dun yang mencapai target dalam menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
SHAH ALAM- Kerajaan negeri bakal memberi bonus kepada kakitangan pusat khidmat Dun yang mencapai target dalam menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberian itu bertujuan mempertingkat penglibatan masyarakat terhadap program MES selain memastikan golongan yang memerlukan dapat dibantu.

“Kerajaan negeri  bercadang memberi bonus kepada kakitangan di pusat khidmat Dun sebagai satu galakkan agar keberkesanan kerajaan prihatin akan dapat dicapai. Jumlah pemberian akan dibincangkan.

“ Program MES ini kita telah mula laksanakan sejak 2008 melalui beberapa bantuan antaranya air percuma, Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), dan yang terbaru insentif perkahwinan kepada belia berumur 35 tahun ke bawah, tidak ketinggalan bantuan untuk golongan warga emas serta banyak lagi program.

“Tetapi, kita dapati adakalanya maklumat program MES tidak sampai kepada rakyat dan kita merencanakan beberapa pendekatan antaranya memperhebat hubungan antara pusat khidmat Dun,” katanya menjawab pertanyaan lisan Hasbullah Mohd Ridwan (Pas-Gombak Setia) ketika sidang Dun, semalam.

Beliau berkata, maklumat dalam portal rasmi MES iaitu mes.selangor.gov.my akan diperkasakan lagi supaya rakyat sentiasa didedahkan dengan pencapaian dan program yang dilaksanakan.


Bagus
5

Marah
4

Terkejut

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 2-7-2013 11:46 AM
nk hrp kerajaan negori smpi kiamat pun belum tentu
no wonder sanggup dtg selangor guna air free
Quote izamahmed 2-7-2013 11:49 AM
banyak program kat selangor nih
Quote gaara_X 2-7-2013 11:51 AM
tak tercabar ke?.....
Quote pakwetizzaqyah 2-7-2013 12:09 PM
pusat khidmat dun ni pun sme penyokong2 politik..bagi bonus kat puak sndiri..anak haram betul kerajaan negeri selangor ni....sama haram mcm khir toyo taik kucing...blah lah
Quote izamahmed 2-7-2013 12:11 PM
mulanya aku ingat semua kakitangan dpt bonus
Quote Noraslinda 2-7-2013 01:51 PM
ye ke??boleh caye ke??
Quote DeMax 2-7-2013 02:14 PM
1 ogos kita dapat bonus BN..cayelah dgnku
Quote izamahmed 2-7-2013 02:17 PM
DeMax posted on 2-7-2013 06:14 AM
1 ogos kita dapat bonus BN..cayelah dgnku

nak raya kan...
Quote Al-Patih 2-7-2013 03:45 PM
kasi amik ....
Quote mak_wa95 2-7-2013 03:51 PM
cara terbaik untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan daya saing di kalangan Dun......
hasilnya akan dinikmati oleh rakyat...bonus kepada rakyat secara tidak langsung....
Quote meya 2-7-2013 04:30 PM
Maybe info tak sampai kot...macam saya ni..lagilah tak faham apa yang cuba nak dibuat.  MES ni apa benda pun saya tak tahu.

Sape leh share meh lah share info...saya suka aje nak join.
Quote izamahmed 2-7-2013 04:33 PM
meya posted on 2-7-2013 08:30 AM
Maybe info tak sampai kot...macam saya ni..lagilah tak faham apa yang cuba nak dibuat.  MES ni apa b ...

untuk org selangor je kot. deorg tahu~
Quote meya 2-7-2013 04:37 PM
izamahmed posted on 2-7-2013 04:33 PM
untuk org selangor je kot. deorg tahu~

Malulah..saya tak tahu info pasal MES ni.  

Dulu pun pasal yang akaun apa tu untuk anak-anak yang lahir tahun 2008 pun saya terlepas...
Quote ajie2000 2-7-2013 04:38 PM
budaya bagi bonus ni BN jer..nak rasuah rakyat kata nya??

kenapa PR tiru??
Quote manganini 3-7-2013 01:32 AM
bestnye jadi orang selangor.....nak jugakk..
Quote hasmania 3-7-2013 09:53 AM
memang idea gila bagi bonus utk DUN sahaja ...........
Ingat tadi untuk semua rakyat Selangor yg miskin papa kedana tadi .........
Quote kecimpret 3-7-2013 10:04 AM
sila tiru jangan segan2 yerr



Quote gogo2 3-7-2013 10:05 AM
kenapa bagi bonus walaupun GE14 jauh lagi?
Quote brownstone 3-7-2013 10:23 AM
Kalau kjaan Selangor nak bagi duit kat raayat Sgor bole aje...tp nanti ada la mulut2 busuk yg tuduh kjaan negeri akan bangkerap....

Kalau dia buat x apa...kalau Pakatan buat ade je yg x kena..

Mcm kes BR1M, x silap aku Dap ada letak dlm manifesto 2008 nak bagi cash handout....perghh bukan main lagi BN kutuk2...tapi akhirnya BN gak apply..

Blom masuk lagi isu air percuma...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058673 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top